Terasa ringan kepala dan utak-utakku (kepala otak, hehe) apabila sahaja tiba hari cuti. Macam semua kerja dah boleh dilangsaikan. Kerja rumah jer, bukan kerja kat pejabat, heh!
En suami pulak turut cuti pada hari ini, seronok seronok seronok. Sekarang dah pukul 3:08 pm. Almost semua plan dari masakkan sarapan, basuh baju, kemas baju, lipat baju, kemas rumah, belek habuk, semua dah hampir selesai. Kalau ada pun tinggal 1% jer lagi untuk disiapkan. So apa lagi, kejap lagi boleh la zzzzzzzzzzzzzzzzzzz....sekejap. Tapi sebelum 'ulaq melingkaq ataih pagaq', hehe...nak juga aku buat satu entry untuk today, supaya nanti aku akan ingat balik kenangan indah yang berlaku pada hari ini.
Haa, sebut tentang tajuk entry- pertabalan yang di pertuan agong ke-14 pada hari ini, tahniah kepada Sultan dan Sultanah Kedah - negeri kesayangan tumpah darahku ini kerana telah dipilih untuk menaiki takhta Yang Di-Pertuan Agong Malaysia especially pada Sultan Abdul Halim kerana ini merupakan kali ke-dua baginda menaiki takhta.
Plan hari ni nak rehat-rehat jer sambil selesaikan semua kerja-kerja rumah yang tertunggak. Semalam memang dah waste time untuk buat kerja-kerja rumah tu. Proposal tajaan punya pasal, habih yang lain tak menjadi. Huhu..Aku patut pegi untuk kelas jer semalam tu, kelas 9:40 am sampai 12:40 pm. Tup-tup sampai semula di rumah jam 5:15 petang! Kerja, kerja, kerja...Dah kerja makan gaji, memang lagu tu la gayanya. Yang penting diri dan jiwa mesti flexible. Kalau dah cuti, tapi masih ada perkara sangat penting di pejabat yang perlu diselesaikan, kenalah attend, betul? Sebab aku sorang jer yang dok buat mende tu, tak ada orang lain boleh ambil alih masa tu. Anyway, aku niatkan apa-apa yang aku buat tu demi Allah dan untuk kepentingan semua pihak - kolej, pensyarah jabatan dan yang paling paling penting untuk student serta bakal student. Manalah tahu, kerana proposal aku yang tak seberapa itu nanti berupaya memberikan kebahagiaan kepada orang lain yang memerlukan. Insyaallah. Moga ianya diterima oleh pihak yang berkenaan. Aku sediakan isi ajer, yang nak fight bukan aku, hehe...Lepas dah siap proposal tu, bolehlah aku dok diam kat rumah 2, 3 hari ni....Hooorayyyyy...
Tak seronok entry kalau tak ada sekeping dua gambar. Hmmmm..lepas browse semua gambar-gambar yang ada untuk hari ini dan juga semalam....inilah dia gambar yang menang dan terpilih untuk entry aku kali ini :
Adik dan abang sedang kemaskan bilik diorang. Cayalah anak mama! |
Tak pernah menolak bila diminta kemaskan bilik atau whatever kerja kemas-mengemas yang mama assignkan. Mama sayang abang dan adik! |
Di sebalik kuat menangis, selalu berseloroh 'tak kena tempat', kedua anak mama nih sangat rajin bila sampai bab-bab tolong mama atau ayah. Minta la apa sahaja, tolong ambilkan pinggan, tlong tumbukkan cabai, tlong ambilkan itu, ambilkan ini, tolong hantar kuih, gulai, nasi ke rumah tok atau nenek, pasti takkan ditolak oleh kedua anak-anak mama, terutama sekali abang. Terima kasih sayang...Bukannya penting sangat pun untuk adik dan abang siapkan assignment yang mama bagi tu, tapi yang lebih penting, anak-anak mama nanti mampu berdikari, rajin membantu orang yang memerlukan. Itu sebenarnya yang mama nak anak-anak mama belajar.
Hmmm..hari yang best, patutnya kena ada zzzzzzzzzzzzzz... yang best juga. Jom layan...
No comments:
Post a Comment