Antara yang aku beli dan cuba berkali-kali sejak sebulan yang lalu (there goes all the pay!) adalah eyeliner. Dapat pula semangat untuk mencubanya dari kawan-kawan yang bercerita macam-macam tentang eyeliner. Kata seseorang yang aku kenal baru-baru ini "Saya baca dalam artikel bla bla bla..dia tulis kat situ, basic makeup adalah eyeliner dan browliner. Kalau tak sempat nak menenyeh2 pepagi buta tu, wajibkan pakai eyeliner dan browliner". Oohh ya ka? Tak tahu pulak aku yang ketinggalan fesyen ni ek..
So, makin bersemangatlah aku sampai habih lari semua bajet untuk bulan ini. Yang sepatutnya RM 100 untuk mekap dah jadi RM200! Oh No, Oh No No No!!! (Takpe bulan depan posa sebulan, huhu..)
Aku nak tunjukkan antara eyeliner dan browliner yang aku ada :
1) Elianto Browliner ALAA..TAK INGAT BAPER HINGGIT DAH LAMA BELI SAMPAI KONTOT SUDA...
2) MAC
3) MAC
4) Maybelline Eyeliner RM 8.9
5) Avon liquid eyeliner RM 14.00
6) Avon Glimmerstick Eyeliner JUGA TAK INGAT BAPER HINGGIT SEBAB DAH LAMA BELI
ELIANTO BROWLINER
Beli ni semasa mula-mula berangan kening nak cantik macam artis tapi tak nak cabut bulu kening sebab HARAM dalam Islam. Nanti habih berdosa termasuk husband aku sekali terpalit.
Browliner ni best. Kaler dark brown. Mudah apply dan kalernya melekat elok kat kening aku yang berserabut ini. Kata orang kening akan menentukan paras rupa keseluruhan wanita tu. Kalau cantik keningnya, maka akan nampak berserilah wajah walau bahagian lain tak berapa nak cantik.
Bentuk kening aku memang tak berapa nak cantik, takper bersyukur dengan apa yang Allah bagi, daripada langsung takder kening, lebih baik ada walau tk sehebat bentuk kening gaya artis indonesia yang cun melecun itu. Adeihai...melalut pulak aku..
Aku hanya apply kat atas bulu kening aku, lukis bentuk bagi cantik sikit (walau tak cantik mana), janji nampak terang. Huhu..A- untuk Elianto Eyeliner
MAC
Aku beli 2 kaler - 1 dark brown eyeliner dan 1 lagi white untuk letak kat bahagian inner corner bahagian lower eyelid. Cara ni akan menampakkan mata lebih besar walau mata bajet sepet jer hakikatnya.
Tapi mungkin disebabkan dok beli barang tiruan -
MAYBELLINE PENCIL EYELINER
Aku beli kaler dark grey. Asik-asik dark grey, dark brown apa semua dark ni? Yang sebenarnya aku takut nak apply black color kat bahagian mata - takut nampak pelik sangat.
So yang Maybelline ni pun sama la, aku beli dark grey sebab kalau beli black kot nampak terlalu terang (rasa macam mata panda la pulak). Kaler dan tekstur Maybelline eyeliner jenis ni memang ok, aku bagi A- la. Bila pakai lama dalam 2 ke 3 jam, nampak cantik pulak mata aku, nampak semakin besar dan cantikkk..
AVON LIQUID EYELINER
Semangat nak pakai yang jenis liquid lepas kawan aku recommend liquid lagi mudah pakai. Hoho! Mudah bagi yang dah pakar, tapi bagi yang beginner terkedek-kedek macam aku ni, jenuh tenyeh! Pengakhirannya comot sudaaa..Waaaa...La ni aku letak je dulu dalam beg mekapku. Biar jadi tukun kejap. Nanti bila dah penuh melimpah baru aku keluarkan yang mana aku tak pakai tu. Bukan apa, sayangnya nak buang. Kot-kot nanti terkeluar idea bernas cara-cara pakai liquid eyeliner.
AVON GLIMMERSTICK EYELINER
Yang ini aku beli dah lama dah. Kaler dark brown juga.Tapi entah kenapa aku tak berapa suka kalernya. Atau mungkin jenis crayon jenama Avon ni-warnanya kurang terang yang menyebabkan aku tak berapa suka. Aku bagi markah C la..
No comments:
Post a Comment