So, dipendekkan cerita, story pagi tadi adalah berkenaan burung kanada yang kesejukan, hampir beku dan tercampak ke dalam kandung lembu. Aku tak sempat nak dengar kesleuruhan cerita, tapi yang aku faham, ada kucing yang menyebabkan burung tersebut tercampak ke kandang lembu dalam keadaan hampir beku dan menunggu maut.
Semasa berada di dalam kandang tersebut, burung kanada itu merasakan yang ia hampir mati kerana berada di dalam keadaan yang gelap serta sangat sejuk. Malang datang bertimpa apabila tiba-tiba salah seekor lembu 'membuang hajatnya' betul-betul di atas badan si burung. Lalu burung tersebut berkata " Betapa malangnya hidup aku, sudahlah hampir mati kesejukan, ditambah pulak dengan keadaan yang gelap dan kini dipenuhi dengan najis yang sangat kotor." Burung kanada itu merintih dan menyumpah-nyumpah keadaan yang menimpa dirinya ketika itu.
Tanpa sedar, 'kehangatan' najis lembu itu telah menyebabkan badan burung tersebut yang hampir membeku cair sedikit demi sedikit. Lama-kelamaan badannya pulih sepenuhnya dan terlepaslah ia daripada maut. Walaupun pada masa tersebut najis lembu masih memenuhi badannya, ia sangat gembira lalu menyanyi-nyanyi keriangan. Nyanyian burung itu didengari oleh beberapa orang kawannya yang sedang bertenggek di beberapa pohon berdekatan, lalu kesemua burung yang lain itu datang menolong mengeluarkannya daripada najis tadi.
Pengajaran yang dibawakan oleh ustaz itu melalui cerita dongeng di atas adalah - jangan suka menyumpah seranah dalam pekerjaan, kerana sumpah seranah tersebut akan membelenggu diri kita dari berjaya dan lagi - jangan suka menyumpah seranah dalam pekerjaan kerana kekotoran yang menyaluti pekerjaan kita seharian itulah yang akan kita gunakan untuk menempa kejayaan kelak.
Ustaz pagi tadi membawa pendengar mengenali Tariq Farid, CEO Edible Arrangement, sebuah syarikat yang mempunyai perniagaan fruit bouquet franchise pertama di dunia. Kisah hidupnya dikatakan sama seperti burung kanada tadi, di mana beliau pernah bekerja di Restoran Makanan Segera terkemuka Mc Donald sebagai pencuci (kalau tak salah). Kerjanya bergelumang dengan kekotoran setiap hari, tapi dia langsung tak pernah menyumpah samada pekerjaan tersebut mahupun keadaan dirinya ketika itu.
Namun berbekalkan pengalaman itulah beliau telah berjaya membuka bis fruit bouquet pertama di dunia yang menyediakan khidmat 'delivery order'. Cuba taip "Edible Arrangement", kita pasti kagum atau sekurang-kurang pasti 'terliur' sebaik membuka laman web syarikat tersebut. Nampak 'enakkkk' sangat.
Kadang-kadang aku sendiri tak tau nak komen apa jika mendengar orang yang suka menyumpah seranah pekerjaan yang dilakukan - baik mereka yang bekerja sendiri, makan gaji ataupun langsung tak bekerja (suri rumah sepenuh masa). Aku tiada kuada untuk memberi komen/malas untuk komen. Apa yang aku tahulah (dengan ilmu yang cetek ini), menyumpah iblis pun sebenarnya akan menjadikan si iblis bertambah besar saiznya, inikan pula kalau kita menyumpah benda-benda yang baik (pekerjaan - punca rezeki kita dan keluarga). Macam mana tu? Fikir-fikirlah sendiri..Masing-masing ada akal fikiran yang jelas yang Allah kurniakan selama bertahun hidup di muka bumi ini...
No comments:
Post a Comment