Kerana segala-galanya bukan milik kita.
Kita dilahirkan tanpa membawa apa-apa sekalipun. Semua yang kita ada dan yang kita dapat adalah pemberian Allah semata-mata.
Oleh sebab itu, aku menyeru semua di sekelilingku dan terutama diri aku sendiri - janganlah terlalu bersedih dan mengikut perasaan - bermuram durja sepanjang masa atas apa-apa kehilangan yang berlaku dalam hidup. Kerana sesungguhnya dan yang sebenarnya, kita datang ke dunia ini tanpa membawa apa-apa hatta sehelai baju sekalipun. Apa yang diperolehi sejak kecil sehingga dewasa kini, segala-galanya milik Allah semata.
No comments:
Post a Comment