Banyak sangat post yang aku baca di facebook sejak sekian lama dan ada kesimpulan sendiri tentang satu perkara ini - Banyak posting tentang kebaikan yang membawa keburukan - terutama kepada diri sendiri.
Apa yang dapat aku perhatikan, ramai sangat pengguna facebook yang update status baik-baik. Contoh : "Allah suka orang yang sabar", atau "jadilah pohon yang rendang, supaya dapat memayungi orang lain". Ayat-ayat seperti itu disusuli dengan ayat lain seperti "Allah suka orang yang sabar, jadi bawa-bawa bersabarlah ye.." "Aku tak sempat nak bayar hutang 5 tahun lepas". Ayat ditujukan kepada seseorang atau sekelompok orang yang berkenaan. Banyak juga ayat memerli yang ditujukan kepada orang lain dalam 'friendlistnya'. Hakikatnya, ayat-ayat yang indah itu ditujukan kepada orang lain. Dia sendiri hanya sekadar mencedok mana-mana yang patut yang memberi kebaikan kepadanya sahaja. Bak kata orang belajar tak habih. Teringat aku dengan satu drama bersiri di bawah slot Zehra, memaparkan Eman Manan sebagai Ustaz Shauki. Ustaz Shauki ni wataknya asik nak mengkonpiuskan orang, sampaikan aku sendiri pun jadi konpius dan emosi. Dia ustza, tapi pada akhirnya aku nampak dia semakin 'buas' mengeluarkan hujah-hujah yang bersandarkan al-quran dan sunnah di mana segala hujah-hujah yang dipilih olehnya adalah untuk kebaikan diri sendiri. Ayat al-quran tentang poligami, tentang kepatuhan seorang isteri kepada suami. Dia akan mengambil apa-apa sahaja ayat yang akhirnya memberi kebaikan kepada hanya dirinya seorang. Lebih parah lagi dia adalah seorang ustaz yang ramai pengikut. Sudah pasti hujah-hujahnya disegani dan digunapakai. Padahal semua hujahnya adalah diambil semata-mata untuk kepentingan dirinya sendiri.
Perkara sama berlaku di status-status facebook. Aku sampai jadi malu nak membacanya. Takut pun ada. Semua ayat dicedok daripada al-quran, sunnah dan daripada ajaran ustaz atau imam samada daripada ceramah-ceramah agama yang diadakan di surau, masjid sehinggalah daripada media seperti TV dan radio. Segala ayat yang diupdate pada status masing-masing nampak 'real' kerana ia sememangnya realiti. Memang itupun yang disarankan. Tapi malangnya ayat di status tersebut diupdate semata-mata untuk memalukan orang lain, semata-mata untuk menjatuhkan maruah diri orang lain. Semua itu dibuat semata-mata bagi kepentingannya sendiri. Bak kata pepatah melayu, ketam yang ingin mengajar anaknya berjalan lurus, padahal diri sendiri lebih teruk daripada itu.
Aku boleh buat kesimpulan sendiri di sini. Majoriti mereka yang update status yang mengandungi hujah-hujah bersandarkan agama adalah mereka yang jahil dalam agama. Especially apabila di akhirnya ada kata-kata yang kurang enak dibaca, bertujuan untuk menjatuhkan harga diri sesiapa. Diri sendiri gagal menunaikan tanggungjawab sebagai anak,isteri,suami,bapa,ibu, adik, kakak,peniaga,pembeli,staf,bos,kakitangan awam atau kakitangan swasta. Tapi dalam fb, nampak 'alimmm' sangat. Padahal realiti, hanya tahu maki hamun dan goyang punggung. Untuk orang lain, semuanya tak boleh tak boleh tak boleh. Tup-tup untuk diri sendiri, eh mana boleh buat macam tu, patutnya buat macam ni...Hahahahaha...Lawak la orang yang macam ni.
Kita seringkali lupa tanggungjawab kita pada orang lain, pada ibu, pada bapa, pada rakan, pada kerja..Tapi kita seringkali ingat pula tanggungjawab orang lain pada kita. Punyalah banyaknya ayat dalam dunia ni yang boleh dicedok, boleh diguna, ayat yang kau boleh guna untuk kepentingan diri sendiri dan ayat yang boleh guna untuk memalukan atau menjatuhkan orang juga yang dipilih. Inilah peringatan kepada kita umat di akhir zaman. Kita akan dicelarukan oleh identiti orang-orang yang seperti itu. Mereka tidak mahu memberi kebaikan kepada orang lain,tetapi mengharapkan orang lain supaya berbuat baik kepada diri mereka. Begitukah Islam?
Aku pernah mendengar satu kata-kata daripada segmen Mukmin Profesional yang ke udara melalui radio IKIMfm.
No comments:
Post a Comment