Sunday, February 5, 2012

Jalan-jalan Sempena Cuti Maulidur Rasul 2012

Bawa Umar, Danial dan Athirah jalan-jalan ke taman mainan hari ni. Kata sorang ustaz tu, ambillah masa dan pergunakanlah wang yang ada untuk membahagiakan anak-anak. Bawa mereka ke tempat-tempat yang mereka suka, di samping itu bolehlah bercerita dan berinterasksi dengan anak-anak. Moga anak-anak mama sentiasa dekat dengan mama..

Eh mana adik! Asyik berlari sana sini anak mama sorang nih. Tadi ada je dekat mama ni

 Walaupun ayah terpaksa kerja pada hari cuti umum, mama dah tak kisah. Mama masih boleh bawa anak-anak mama jalan-jalan sebab awal-awal lagi ayah dah izinkan. Hehe..Ayah umar dan danial memang seorang yang sangat sporting! Thanks sayang!



 Sempat juga tadi kita p ambik kak athirah sekali. Plan punya plan, dah dekat pukul 1 baru sampai ke Taman Jubli Perak, SP, Kedah. Mula-mula tunggu kak athirah balik dari perarakan maulidur rasul, lepas tu tunggu mama mandikan umar pulak. Lepas tu nak kena belajar bawa Exora! Punyalah mencabarnya hari ini.






 Tengok anak-anak mama dan kak athirah - tak kisah walau main tengah-tengah panas terik. Mama je yang terjerit2, risau demam anak-anak mama dan kak athirah nanti/


Abang yang masih bersimen kakinya - tegar nak bermain kat taman mainan juga!
Apapun, mama sangat bersyukur diberi kesempatan ini untuk bersama-sama anak-anak mama. Terima kasih Allah!

1 comment:

Ayna said...

salam akak. saya ade terbaca blog akak yg satu lg tu. dan sy ada emel akak pasal sabun amoorea tu. harap akak view emel akak and reply k. thanks :)