Banyak sangat post yang aku baca di facebook sejak sekian lama dan ada kesimpulan sendiri tentang satu perkara ini - Banyak posting tentang kebaikan yang membawa keburukan - terutama kepada diri sendiri.
Apa yang dapat aku perhatikan, ramai sangat pengguna facebook yang update status baik-baik. Contoh : "Allah suka orang yang sabar", atau "jadilah pohon yang rendang, supaya dapat memayungi orang lain". Ayat-ayat seperti itu disusuli dengan ayat lain seperti "Allah suka orang yang sabar, jadi bawa-bawa bersabarlah ye.." "Aku tak sempat nak bayar hutang 5 tahun lepas". Ayat ditujukan kepada seseorang atau sekelompok orang yang berkenaan. Banyak juga ayat memerli yang ditujukan kepada orang lain dalam 'friendlistnya'. Hakikatnya, ayat-ayat yang indah itu ditujukan kepada orang lain. Dia sendiri hanya sekadar mencedok mana-mana yang patut yang memberi kebaikan kepadanya sahaja. Bak kata orang belajar tak habih. Teringat aku dengan satu drama bersiri di bawah slot Zehra, memaparkan Eman Manan sebagai Ustaz Shauki. Ustaz Shauki ni wataknya asik nak mengkonpiuskan orang, sampaikan aku sendiri pun jadi konpius dan emosi. Dia ustza, tapi pada akhirnya aku nampak dia semakin 'buas' mengeluarkan hujah-hujah yang bersandarkan al-quran dan sunnah di mana segala hujah-hujah yang dipilih olehnya adalah untuk kebaikan diri sendiri. Ayat al-quran tentang poligami, tentang kepatuhan seorang isteri kepada suami. Dia akan mengambil apa-apa sahaja ayat yang akhirnya memberi kebaikan kepada hanya dirinya seorang. Lebih parah lagi dia adalah seorang ustaz yang ramai pengikut. Sudah pasti hujah-hujahnya disegani dan digunapakai. Padahal semua hujahnya adalah diambil semata-mata untuk kepentingan dirinya sendiri.
Perkara sama berlaku di status-status facebook. Aku sampai jadi malu nak membacanya. Takut pun ada. Semua ayat dicedok daripada al-quran, sunnah dan daripada ajaran ustaz atau imam samada daripada ceramah-ceramah agama yang diadakan di surau, masjid sehinggalah daripada media seperti TV dan radio. Segala ayat yang diupdate pada status masing-masing nampak 'real' kerana ia sememangnya realiti. Memang itupun yang disarankan. Tapi malangnya ayat di status tersebut diupdate semata-mata untuk memalukan orang lain, semata-mata untuk menjatuhkan maruah diri orang lain. Semua itu dibuat semata-mata bagi kepentingannya sendiri. Bak kata pepatah melayu, ketam yang ingin mengajar anaknya berjalan lurus, padahal diri sendiri lebih teruk daripada itu.
Aku boleh buat kesimpulan sendiri di sini. Majoriti mereka yang update status yang mengandungi hujah-hujah bersandarkan agama adalah mereka yang jahil dalam agama. Especially apabila di akhirnya ada kata-kata yang kurang enak dibaca, bertujuan untuk menjatuhkan harga diri sesiapa. Diri sendiri gagal menunaikan tanggungjawab sebagai anak,isteri,suami,bapa,ibu, adik, kakak,peniaga,pembeli,staf,bos,kakitangan awam atau kakitangan swasta. Tapi dalam fb, nampak 'alimmm' sangat. Padahal realiti, hanya tahu maki hamun dan goyang punggung. Untuk orang lain, semuanya tak boleh tak boleh tak boleh. Tup-tup untuk diri sendiri, eh mana boleh buat macam tu, patutnya buat macam ni...Hahahahaha...Lawak la orang yang macam ni.
Kita seringkali lupa tanggungjawab kita pada orang lain, pada ibu, pada bapa, pada rakan, pada kerja..Tapi kita seringkali ingat pula tanggungjawab orang lain pada kita. Punyalah banyaknya ayat dalam dunia ni yang boleh dicedok, boleh diguna, ayat yang kau boleh guna untuk kepentingan diri sendiri dan ayat yang boleh guna untuk memalukan atau menjatuhkan orang juga yang dipilih. Inilah peringatan kepada kita umat di akhir zaman. Kita akan dicelarukan oleh identiti orang-orang yang seperti itu. Mereka tidak mahu memberi kebaikan kepada orang lain,tetapi mengharapkan orang lain supaya berbuat baik kepada diri mereka. Begitukah Islam?
Aku pernah mendengar satu kata-kata daripada segmen Mukmin Profesional yang ke udara melalui radio IKIMfm.
Wednesday, March 7, 2012
Sunday, February 26, 2012
Motivasi Pagi @ IKIMfm - Kisah Burung Kanada??
Aku suka dengar motivasi pagi di radio IKIMfm. Tapi nak sebut nama ustaz yang menyampaikan motivasi tersebut-tak ingat la pulak. Yang bestnya ustaz ni rajin memulakan motivasi dengan cerita-cerita dongeng, dan beliau seterusnya akan membawa kepada perbincangan yang lebih menarik tentang motivasi ini.
So, dipendekkan cerita, story pagi tadi adalah berkenaan burung kanada yang kesejukan, hampir beku dan tercampak ke dalam kandung lembu. Aku tak sempat nak dengar kesleuruhan cerita, tapi yang aku faham, ada kucing yang menyebabkan burung tersebut tercampak ke kandang lembu dalam keadaan hampir beku dan menunggu maut.
Semasa berada di dalam kandang tersebut, burung kanada itu merasakan yang ia hampir mati kerana berada di dalam keadaan yang gelap serta sangat sejuk. Malang datang bertimpa apabila tiba-tiba salah seekor lembu 'membuang hajatnya' betul-betul di atas badan si burung. Lalu burung tersebut berkata " Betapa malangnya hidup aku, sudahlah hampir mati kesejukan, ditambah pulak dengan keadaan yang gelap dan kini dipenuhi dengan najis yang sangat kotor." Burung kanada itu merintih dan menyumpah-nyumpah keadaan yang menimpa dirinya ketika itu.
Tanpa sedar, 'kehangatan' najis lembu itu telah menyebabkan badan burung tersebut yang hampir membeku cair sedikit demi sedikit. Lama-kelamaan badannya pulih sepenuhnya dan terlepaslah ia daripada maut. Walaupun pada masa tersebut najis lembu masih memenuhi badannya, ia sangat gembira lalu menyanyi-nyanyi keriangan. Nyanyian burung itu didengari oleh beberapa orang kawannya yang sedang bertenggek di beberapa pohon berdekatan, lalu kesemua burung yang lain itu datang menolong mengeluarkannya daripada najis tadi.
Kadang-kadang aku sendiri tak tau nak komen apa jika mendengar orang yang suka menyumpah seranah pekerjaan yang dilakukan - baik mereka yang bekerja sendiri, makan gaji ataupun langsung tak bekerja (suri rumah sepenuh masa). Aku tiada kuada untuk memberi komen/malas untuk komen. Apa yang aku tahulah (dengan ilmu yang cetek ini), menyumpah iblis pun sebenarnya akan menjadikan si iblis bertambah besar saiznya, inikan pula kalau kita menyumpah benda-benda yang baik (pekerjaan - punca rezeki kita dan keluarga). Macam mana tu? Fikir-fikirlah sendiri..Masing-masing ada akal fikiran yang jelas yang Allah kurniakan selama bertahun hidup di muka bumi ini...

Pengajaran yang dibawakan oleh ustaz itu melalui cerita dongeng di atas adalah - jangan suka menyumpah seranah dalam pekerjaan, kerana sumpah seranah tersebut akan membelenggu diri kita dari berjaya dan lagi - jangan suka menyumpah seranah dalam pekerjaan kerana kekotoran yang menyaluti pekerjaan kita seharian itulah yang akan kita gunakan untuk menempa kejayaan kelak.
Ustaz pagi tadi membawa pendengar mengenali Tariq Farid, CEO Edible Arrangement, sebuah syarikat yang mempunyai perniagaan fruit bouquet franchise pertama di dunia. Kisah hidupnya dikatakan sama seperti burung kanada tadi, di mana beliau pernah bekerja di Restoran Makanan Segera terkemuka Mc Donald sebagai pencuci (kalau tak salah). Kerjanya bergelumang dengan kekotoran setiap hari, tapi dia langsung tak pernah menyumpah samada pekerjaan tersebut mahupun keadaan dirinya ketika itu.
Namun berbekalkan pengalaman itulah beliau telah berjaya membuka bis fruit bouquet pertama di dunia yang menyediakan khidmat 'delivery order'. Cuba taip "Edible Arrangement", kita pasti kagum atau sekurang-kurang pasti 'terliur' sebaik membuka laman web syarikat tersebut. Nampak 'enakkkk' sangat.
Kadang-kadang aku sendiri tak tau nak komen apa jika mendengar orang yang suka menyumpah seranah pekerjaan yang dilakukan - baik mereka yang bekerja sendiri, makan gaji ataupun langsung tak bekerja (suri rumah sepenuh masa). Aku tiada kuada untuk memberi komen/malas untuk komen. Apa yang aku tahulah (dengan ilmu yang cetek ini), menyumpah iblis pun sebenarnya akan menjadikan si iblis bertambah besar saiznya, inikan pula kalau kita menyumpah benda-benda yang baik (pekerjaan - punca rezeki kita dan keluarga). Macam mana tu? Fikir-fikirlah sendiri..Masing-masing ada akal fikiran yang jelas yang Allah kurniakan selama bertahun hidup di muka bumi ini...
Saturday, February 25, 2012
Review Produk : SilkyGirl Lash Curler Mascara, SilkyGirl Blink Glitter Eyeliner dan Elianto Makeup Cleansing tissue
Heheh..Kenapa aku beli make up cleansing tissue? Sebabnya..........................
Dah lama tak pakai maskara dan eye shadow - tak perlu ada makeup remover. Tapi lepas beli Maskara dan Glitter eye liner semalam, terfikir perlu beli makeup remover sebab nak kena tanggal semua bekas2 maskara dan eyeshadow - time nak solat zohor. Aku beli maskara dan eyeliner tu kat kedai Nona, Tesco mergong. Booth elianto sebelah je dengan kedai Nona. Masa pulak tak mengizinkan time tu, so aku ambik je elianto makeup cleansing tissue nih. Lagipun tak pernah try cleansing tissue. Apa salah cuba. Bukan mahal pun, RM15.00 je.
![]() | |||||
| Jarak dekat |
![]() |
| Elianto Makeup Cleansing Tissue - pic ambik dari jauh |
Teringat baby wet tissue yang aku guna untuk Umar dan Danial masa diorng baby-baby dulu. Hihi...Mulanya teragak-agak nak apply kat muka (teringat aku lap poo poo danial dan umar, hehe). Then bila guna tu, memang ada terasa 'keras/kasar' sikit kat muka - muka rasa pedih. Aku lap slowly jer takut terkeluar kulit muka sekali, huhu..Tapi sebut bab 'remover', YES, memang makeup mudah sekali ditanggal - termasuk maskara dan eye liner yang baru dibeli tadi. Baunya ok, bau daun lidah buaya. Mudah dibawa, tak berapa jimat la - 30 keping, boleh guna untuk 30 kali/hari je. Kalau guna cleansing milk, boleh tahan lagi lama..Sekarang azam nak berjimat, kena betul-betul jimat.
SILKYGIRL Lash Curler Maskara
Dah lama nak beli nih. Maskara yang lama tu dah expired maybe, gatal mata bila pakai. Tak salah SilkyGirl Hi-Definition Maskara kot.
Lash Curler - Memang boleh buat bulu mata curl, tapi bulu mata nampak bergumpal2 skit. Mungkin sebab dia punya bahan agak pekat. Sekali apply, banyak yang lekat kat bulu mata. But bila apply perlahan-lahan, ok jer - masalahnya kena ada masa tambahan - kalau tak, tak sempat hantar danial ke sekolah. Dengan harga RM19.90, bagi aku oklah. Puas hati. Memang maskara macam tu pun yang aku intai selalu - waterproof tapi mudah tanggal. Pernah beberapa kali beli jenama Maybelline, waterproof, sangat susah tanggal. Degil yang amat. Sudahnya habih pedih mata. Tak berbaloi macam tu. Sebab tu aku pilih SilkyGirl. Maskaranya memang waterproof dan mudah tanggal.
SILKYGIRL Blink Glitter Eyeliner
Banyak review pasal eyeliner ni - banyak yang tak elok. Tapi bagi aku, ok jer..Aku hanya apply sikit jer kat kelopak mata atas, just bagi nampak segar.
Aku perasan, warna-warna yang gold based memang sesuai dengan warna kulit dan penampilan aku. Memang aku confident warna gold sesuai dijadikan makeup-tidak ketinggalan zaman.
Kat sini ada beberapa review tentang produk ni. Kebanyakannya tak setuju :
http://www.mywomenstuff.com/2009/03/06/new-from-silkygirl-maybelline-and-loreal/
http://www.offerstation.com/whats-new/29338/new-silky-girl-blink-glitter-eyeliner.htm
http://www.lipglosseater.com/2009/07/silkygirl-blink-glitter-eyeliner.html
![]() |
| Mata sebelah kanan. Nampak keemasan skit.. |
Friday, February 24, 2012
Review Produk : Garnier BODY LightExtra WHITENING REPAIRING MILK LOTION
Kulit tangan dan kaki aku dah nak hitam akibat cuaca yang terlalu panas di negeri Jelapang Padi ini. Alahai.. Tak sanggup rasanya mengengok tangan ni hitam.
Selama ni aku guna Johnson n Johnson Baby Milk Lotion. Memang berkesan, sehinggalah cuaca kat Kedah ni menjadi sangat panas. JnJ dah tak berkesan lagi mengawal kulitku yang terbakar akibat panahan si matahari. Banyak produk pencerahan kulit yang aku intai-intai selama 2 - 3 bulan ini. Sudahnya aku ketemu dengan Garnier Body LightExtra Whitening Repairing Milk Lotion.
Pada mulanya aku nak ambik Vaseline Cocoa Glow. Manisss sangat baunya, sangat sedap bila kita apply kat tangan. Tapi then bila baca dia punya description, hmmm..lebih baik aku beli Garnier dulu, sebab aku punya skin concern mmg kena dengan Garnier nih - Whitening n Repairing. Rasanya kulit aku yang dah kehitaman ini memang perlu di repair dan di samping itu perlu juga sedikit pemutihan. Sebab itu bagi aku Garnier pilihan tepat buat masa ini. Vaseline tunggu I yer, lagi 2 3 hari you pulak masuk dalam beg mekap I. Huhu...(duit pun keluar jugak masa tu).
Aku ada snap beberapa keping gambar Garnier Body nih + gambar kulit tangan ku yang aku rasa dah kehitaman itu. Malangnya card reader buat msalah pulak - tah kenapa tak boleh nak di recognize oleh PC. Totally tak boleh guna. Nanti time semua dah ok balik, akan ku masukkan juga pic2 tu ke dalam blog ni.
So, apa yang aku suka tentang Garnier Body LightExtra?
1) Tak melekit/berminyak
2) Mudah menyerap ke kulit
3) Kulit memang nampak cerah skit lepas 3 4 hari guna.
Apa yang tak bestnya?
1) Tak moisturize pun. Maybe sebab itulah ianya mudah menyerap ke dalam kulit
2) Bau tak berapa best. Baunya sebijik macam Garnire tuk kulit wajah. Kena tukar skit bau tu, Cik Garnier oii..
Lepas ni nak pakai selang seli dengan Vaseline cocoa glow.
__________________________________________________________________________________
LATEST PICKUP :
Betulla, lepas buat entry kat atas, terus rasa nak beli Vaseline Cocoa Glow. Yang bestnya harga jauh lebih murah kat Tesco. Tempohari kat Watson RM8.9 tapi kat Tesco tadi RM6.9 jer. Banyak bezanya tuu...Heheheheh..Hahahahaha...Gelak seronok.
Yang tak bestnya, masih tk blh nak upload masuk ke dalam blog ni disebabkan card reader tak nak berfungsi. Geram betul la.
Ini review dari aku selepas sekali penggunaannya (dah pakai pun tghr tadi - tak sabar2) -
Baunya hmmmmmm...macam yang aku tulis kat atas tadi - sangat wangi, tasty, nyum nyum sedap sangat selepas diapply kat kulit. Berbanding Garnier (juga merujuk pada garnier kat atas), vaseline cocoa glow ni lambat meresap ke dalam kulit, sebab tu agaknya terasa agak berminyak. Tapi lepas beberapa ketika, kulit nampak moist gitu...Memang syok, dengan baunya yang nyum nyum menjilat jari tu, hmmmm memang berbaloi beli. Tapi ini khas untuk moisturize je, bukan untuk tujuan whitening. So aku kena apply dua jenis - pagi vaseline, tghr skit garnier (chewahh macam rajin sngat nak buat macam tu - takpa belum cuba belum tahu).
Ok, minta diri dulu buat kesekian kalinya lagi. Sebenarnya tadi ada beberapa barang yang aku turut beli kt Tesco. Nak review lain kali la, dah penat review produk tuk hari ni. Uuuuuuuuu...ngantuk dah ni. Bye.....
![]() |
| Tangan dah mula gelap akibat cuaca yang sangat panass |
Selama ni aku guna Johnson n Johnson Baby Milk Lotion. Memang berkesan, sehinggalah cuaca kat Kedah ni menjadi sangat panas. JnJ dah tak berkesan lagi mengawal kulitku yang terbakar akibat panahan si matahari. Banyak produk pencerahan kulit yang aku intai-intai selama 2 - 3 bulan ini. Sudahnya aku ketemu dengan Garnier Body LightExtra Whitening Repairing Milk Lotion.
![]() |
| Sempat lagi buat Watson mermbership card |
Pada mulanya aku nak ambik Vaseline Cocoa Glow. Manisss sangat baunya, sangat sedap bila kita apply kat tangan. Tapi then bila baca dia punya description, hmmm..lebih baik aku beli Garnier dulu, sebab aku punya skin concern mmg kena dengan Garnier nih - Whitening n Repairing. Rasanya kulit aku yang dah kehitaman ini memang perlu di repair dan di samping itu perlu juga sedikit pemutihan. Sebab itu bagi aku Garnier pilihan tepat buat masa ini. Vaseline tunggu I yer, lagi 2 3 hari you pulak masuk dalam beg mekap I. Huhu...(duit pun keluar jugak masa tu).Aku ada snap beberapa keping gambar Garnier Body nih + gambar kulit tangan ku yang aku rasa dah kehitaman itu. Malangnya card reader buat msalah pulak - tah kenapa tak boleh nak di recognize oleh PC. Totally tak boleh guna. Nanti time semua dah ok balik, akan ku masukkan juga pic2 tu ke dalam blog ni.
So, apa yang aku suka tentang Garnier Body LightExtra?
1) Tak melekit/berminyak
2) Mudah menyerap ke kulit
3) Kulit memang nampak cerah skit lepas 3 4 hari guna.
Apa yang tak bestnya?
1) Tak moisturize pun. Maybe sebab itulah ianya mudah menyerap ke dalam kulit
2) Bau tak berapa best. Baunya sebijik macam Garnire tuk kulit wajah. Kena tukar skit bau tu, Cik Garnier oii..
Lepas ni nak pakai selang seli dengan Vaseline cocoa glow.
__________________________________________________________________________________
LATEST PICKUP :
Betulla, lepas buat entry kat atas, terus rasa nak beli Vaseline Cocoa Glow. Yang bestnya harga jauh lebih murah kat Tesco. Tempohari kat Watson RM8.9 tapi kat Tesco tadi RM6.9 jer. Banyak bezanya tuu...Heheheheh..Hahahahaha...Gelak seronok.
Yang tak bestnya, masih tk blh nak upload masuk ke dalam blog ni disebabkan card reader tak nak berfungsi. Geram betul la.
Ini review dari aku selepas sekali penggunaannya (dah pakai pun tghr tadi - tak sabar2) -
Baunya hmmmmmm...macam yang aku tulis kat atas tadi - sangat wangi, tasty, nyum nyum sedap sangat selepas diapply kat kulit. Berbanding Garnier (juga merujuk pada garnier kat atas), vaseline cocoa glow ni lambat meresap ke dalam kulit, sebab tu agaknya terasa agak berminyak. Tapi lepas beberapa ketika, kulit nampak moist gitu...Memang syok, dengan baunya yang nyum nyum menjilat jari tu, hmmmm memang berbaloi beli. Tapi ini khas untuk moisturize je, bukan untuk tujuan whitening. So aku kena apply dua jenis - pagi vaseline, tghr skit garnier (chewahh macam rajin sngat nak buat macam tu - takpa belum cuba belum tahu).
Ok, minta diri dulu buat kesekian kalinya lagi. Sebenarnya tadi ada beberapa barang yang aku turut beli kt Tesco. Nak review lain kali la, dah penat review produk tuk hari ni. Uuuuuuuuu...ngantuk dah ni. Bye.....
Family Day @ Cinta Sayang Resort
Meriahnya Family Day tahun ni. Bukan apa, sebab bermalam di sana - itu yang menyebabkan meriah dan seronok tu. Yang menariknya, majlis makan malam. Disebabkan kehadiran VVIP, majlis yang sepatutnya jadi seronok-seronok dan tak formal, dah bertukar jadi satu majlis yang formal. Kalut mak ayah nak kawal anak masing-masing, termasuklah aku sendiri. Huhu..
![]() | |||
| Pic sebelum naik pentas - blh lagi senyum |
![]() |
| Bila dah ada kat atas pentas, gementar pulak. First time buat tradian tradisional.Simple step, tapi teraboq. huhu.. |
Sunday, February 19, 2012
Kita Tidak Kehilangan Apa-apa...
Kerana segala-galanya bukan milik kita.
Kita dilahirkan tanpa membawa apa-apa sekalipun. Semua yang kita ada dan yang kita dapat adalah pemberian Allah semata-mata.
Oleh sebab itu, aku menyeru semua di sekelilingku dan terutama diri aku sendiri - janganlah terlalu bersedih dan mengikut perasaan - bermuram durja sepanjang masa atas apa-apa kehilangan yang berlaku dalam hidup. Kerana sesungguhnya dan yang sebenarnya, kita datang ke dunia ini tanpa membawa apa-apa hatta sehelai baju sekalipun. Apa yang diperolehi sejak kecil sehingga dewasa kini, segala-galanya milik Allah semata.

Monday, February 13, 2012
Review Produk : Safi Rania Gold
Merelip merelap bila pakai Si Safi Rania Gold nih. Hehe.. Perasantan! Actually nya aku baru jer pakai produk ni. Baru tak baru pun dah dekat 2 bulan jugak - kalau nak ikutkan barang pertama yang aku pakai ialah Gel Pembersih Wajah.Muka aku jenis mudah sensitif dengan produk pembersih wajah. Kalau tak sesuai memang habihla lepas tu. Habih naik jerawat2 kecik. Setakat la ni antara pembersih muka yang aku bolah pakai boleh dikira dengan jari sebelah tangan jer. Yang lain semuanya tak berkesan. Antara yang aku boleh pakai adalah sabun amoorea, pembersih estee lauder (mak aii punyalah mahal - tak tahan) dan yang terkini ni gel pembersih wajah Safi Rania Gold.
Aku kira jika pembersih wajahnya sesuai dengan aku, i'm very sure yang lain-lain pun akan suit very well dengan kulit wajah aku (yang mengada-ngada ini). Huhu..So daripada gel pembersih wajah tadi, aku tambah serum, krim kecantikan wajah, selepas tu scrub wajah, toner dan krim siang and last sekali (baru semalam beli) adalah krim malam. Wow! Total barang safi rania gold yang aku pakai adalah.....7 barang kesemuanya! Rekod nih.Aku tak pernah memiliki produk sebanyak itu dari range jenama yang sama. Tak pernah! Dah 32 tahun hidup (amboi pecah lak rahsia).
Panjang pulak introductionnya. Bukan apa, excited sebab inilah jenama produk pertama yang aku cuba yangmurah banget kosnya. Memang aku mencari produk yang murah dan berkesan untuk kulit aku selama ini. Baru sekarang ketemu. Sebelum ni aku pernah cuba clinique, shiesedo, estee lauder, ag2000 - yang kesemuanya sangat mahal tapi kurang berkesan - tak berbaloi la bagi aku.
So dipendekkan cerita kat sini aku nak review kesemua produk Safi Rania Gold yang aku pakai sekarang. Tadaaa..... :
1) Gel Pembersih Wajah
Best sangat pembersih wajah yang satu ni. Lepas pakai, dan dan kulit terasa lembut dan licin. Bila dah pakai lama, jerawat kecil pun dah mula hilang.
2) Serum
Mula-mula beli dulu, aku rasa macam kurang sesuai jer dengan aku. Lama jugak aku tinggal produk ni- tak pakai, then tiba-tiba lepas aku pakai bersama krim pelembab siang, elok pulak kulit aku. Mungkin kena pakai dengan produk Safi Rania Gold yang lain kot. Tapi kalau tanya aku nak beli lagi tak lepas ni, 70% beli, 30% kemungkinan aku tak beli la.Tapi memang elok kalau pakai bersama krim pelembab.
3) Krim Kecantikan
Krim kecantikan ni khas untuk dibuat alas mekap. Mula-mula pakai, cantik bukan main muka aku, yang syoknya habih semua jerawat kecil disapunya. Wah syiok ni...Tapi bila dah lama pakai, kulit macam berminyak la pulak. So sekarang aku dah tak pakai lagi krim ni. Simpan dulu sat.
4) Krim Pelembab Siang SPF 20 ++
Aku tak pernah pakai pelembab sebelum ni! Bayangkan! teruknya aku..bukan tak mahu, tapi malu sebab kulit muka aku nanti tak suka dengan krim-krim pelembab nih. dah 32 tahun hidup, tak pernah pakai pelembab! Bukan tak pernah beli, last pelembab yang aku beli sebelum safi rania adalah pelembab estee lauder. Mak aiii. Punyalah mahal RM 210 satu! Uiii.. kalau aku beli set safi rania gold, dah banyak set dan banyak kali boleh beli. Huhu..
Eh lari tajuk la..Sebenarnya nak review krim pelembab siang ek. Terlebih syiok kot. Hmm..Back to the topic - krim ini yang paling aku suka antara kesemua produk Safi Rania Gold yang aku ada sekarang. Semua pelembab yang aku cuba sebelum ini membuatkan kulit muka berminyak. Tapi krim pelembab ni terasa ringan sangat, kulit terasa moist (bukan berminyak!). Rasa macam selalu nak pakai....
5) Krim Pelembab Malam
Baru beli semalam. Kat kedai biasa je, sebab tu kot mahal sikit. RM 25.00. Kalau kat Guardian rasanya murah lagi. Tapi oklah sebab best pakai dia. Pagi ni rasanya kulit cantik skit berbanding semalam (ker perasantan tak tau la).
6) Toner
Diasaskan daripada air mawar. Bagi aku, ok la, so so jer. Tapi bila digabungkan degan produk yang lain, better skit. Macam biasa jer..Aku bagi markah 6/10
7) Scrub
Tak best sangat macam produk-produk SRG yang lain. Tapi bagi aku oklah sebab tak menjejaskan kulit aku. Again, lebih baik pakai dengan produk2 yang lain, especially pelembab wajah. Tapi kan, sekarang aku dah pakai selang seli dengan Neutrogena Blackhead Scrub (untuk buang blackhead). Best jugak macam tu.
Apapun, aku sangat-sangat bersyukur diketemukan dengan produk ni. Dah satu set aku guna sekarang. Tinggal lagi krim mata je belum beli. Ingat nak beli juga- lepas habihkan krim malam Estee lauder yang aku dapat as a free gift semasa aku beli krim pelembab Estee Lauder tempohari. Walau sekadar free gift, tapi sayang juga kalau tak habihkan. Dah la mahallll..
Pic 5 hari lepas, semasa berbengkel di Putra Brasmana, Perlis.
Pic. syok sendiri. huhu...
Last but not least, aku nak cakap yang aku sayanggg....sangat produk Safi Rania Gold nih!MMUahhh!!

Subscribe to:
Posts (Atom)