Kalau ada pompuan yang bekerja pejabat, mesti depa tau macam mana nak tuntut any claim untuk any duit yang telah mereka keluarkan. Ahad lepas aku isi borang claim, semalam pulak terdengar-dengar di telinga ini perihal claim yang tak dapat, susah nak isi, bla bla bla..Bila dicheck balik, rupanya claim tu hanya untuk beberapa jam lebihan masa bekerja.
Selama aku bekerja ini, kukira banyakkkk 'lebihan masa' aku di tempat kerja. Antara penyumbang utama adalah waktu-waktu yang aku gunakan untuk menyudahkan tugasan-tugasan berkaitan ISO, atau semasa terlalu banyak tugasan nak disiapkan sedangkan masa hanya ada 8 jam sahaja di pejabat. Kerja lebih banyak daripada jumlah jam. Huhu...Pada masa tersebut, aku tak terfikir langsung akan 'lebihan masa' itu disebabkan matlamat yang aku dah setkan di awal-awal lagi untuk menyiapkan semua tugasan dengan segera. Atau mungkin juga aku terfikir akan satu perkara ini - tak semua perkara aku akan claim kerana biarlah 'kerja-kerja' lebih masa sejam dua itu aku donate semula kepada organisasi. Atau mungkin 'kerja-kerja' lebih masa itu pun memang elok untuk aku 'tampung' masa-masa yang aku 'curi' daripada pihak organisasi samada sengaja atau tidak disengajakan. Bagi aku, biarlah Allah sahaja yang 'membayar' OT tersebut kepada aku kerana 'bayaran' daripada Allah pasti lebih mahal berbanding bayaran yang dibuat oleh makhlukNya kepada aku.
Tidak pula tujuan aku menulis posting ini untuk menghalang orang lain daripada claim segala lebihan masa atau kerja yang telah mereka usahakan sebaik mungkin itu, buatlah, anda semua ada hak untuk membuat permohonan, cumanya tiba-tiba sahaja perkara ini menerjah ke dalam benak fikiranku, dan rasanya perlu aku luahkan supaya tidak bersarang dalam kepala otak aku ini. Tau tau sajalah kalau dah bersarang, nanti berkarat dan kelak boleh mengganggu emosiku pulak.
Aku cuma terfikir, dengan ledakan trend teknologi di zaman sekarang ini, segala-galanya boleh dibuat di hujung jari - kadang-kadang menyebabkan kita lupa apa yang kita 'curi' daripada orang lain sebenarnya lebih mahal harganya daripada apa yang orang 'ambil' daripada kita. Bayangkan facebook, twitter, blog dan lain-lain. Cuba letak satu jam dan setkan ia supaya boleh ditekan sebaik kita mula 'merayau' di dunia cyber - melihat iklan kasut, kereta, menjual kuih raya, tudung raya, kasut raya di facebook, update status, komen status dan like serta share apa-apa di facebook. Semasa kita update blog menjual kain kita, semasa kita 'merayau' di google mencari jualan murah sempena aidilfitri, mendapatkan kupon kasut mahal atau sekadar suka-suka 'search' tah apa-apa. Cuba tekan jam tersebut setiap kali kita mula 'merayau' dan setiap kali kita stop - cuba kira jam yang kita ambil dalam sehari bekerja tu. Berapa lama kita 'mengelat' tapi orang tak perasan sebab kita masih ada di meja kita, berapa lama kita 'membeli belah' di dunia cyber atau berapa lama masa kita ambil untuk msukkan segala gambar dan posting jualan kain kita? Adakah hampir separuh daripada masa 8 jam tersebut yang sepatutnya kita gunakan untuk bekerja di dunia nyata? Tepuk dada tanya selera..
Bagi seleraku pula, segala apa yang aku tak claim itu adalah kerana pada masa tersebut, aku dah tepuk dada dan tanya instinct aku, nak claim ke tak? Kalau pada masa itu instinct aku cakap "tak payah claim la,hari tu hang keluar lebih 15 minit kan?", so aku takkan claim la yang tu. Sebab akhir-akhir ini aku begitu pasti dengan luahan daripada instinct aku ini...
2 comments:
ya..di "sana" lebih terjamin
reyna ibrahim,
terima kasih..
Post a Comment