Ni mmg aku betul2 nak menjerit, tapi takut nnti org cakap giler ke apa yatie ni..so aku jeritkan kat sini jer laa...sekurang-kurangnya aku lepaskan juga perasaan terbuku ini. ------Encik suamiku dah lama berhenti dari bertanya "awak, bila Umar nak dapat adik?". Huhu....
Yang sebenarnya...aku juga teringin sangat la nak pegang dan cium dan gomol2 baby lagi. Sangat mau, tapi.....macam-macam ketakutan yang menyesakkan mindaku-takut mengandung ada komplikasi nanti kena dok wad, takut bp naik nanti doktor masukkan tah apa ubat aku sendiri tak tau-yang aku tau ubat tu sangtlaaaa menyakitkan, takut menjadi lemah kerana pompuan mengandung memang la tak blh berdiri lama-lama, duduk lama-lama, baring lama-lama pun lenguh. Mak pula sayang sangat kat aku agaknya (hehe perasan!). Mak selalu cakap sudah la cukup la dengan 2 orang tu Danial dan Umar. Kalau mengandung macam-macam penyakit nak datang hinggap. Alahai...susah juga kalau orang sayang kita ek..Hihi perasan lagi sekali mama danial dan umar nih.
Sudahnya Umar dah masuk 4 tahun 9 bulan, tapi masih jadi anak bongsu.hehe...Soalan bila nak dapat Maryam Khadeeja (ops terpecah rahsia sudahhh) tinggal soalan ajer. Nama dah ada tuannya jer belum ada lagi.
Ish macam mana la kawan-kawan yang beranak 5 orang, 6 orang, 8 orang pun ada! Sedangkan aku yang 2 orang ni pun heboh satu negeri Kedah Darulaman nih. Kebetulan masa jalan-jalan cari kain untuk dijahit pada tudung pagi tadi, aku terserempak sorang rakan sekolah. Anak dah 5, 4 pompuan, sorang lelaki. Ish jeles juga aku kat dia, macam mana dia manage kehamilan, macam mana dia manage segala perasaan takut tengok jarum picagari, spatula (eh apa ni) apa segala, macam mana dia manage to handle all those young kids yang dia ada. Dan macam mana aku takut menghadapi semua itu. Hmmmm..ker takut jarum....Yup itu yang pertama, takut sangat dengan jarum dan segala prosedur kat spital. biarla bersalin kat spital gomen ker swasta ker, mana-mana pun sama. Tools yang dia guna sama saja, sakit yang diterima sama juga. Tapi...oh sampai bila nak takut? Takkan sampai bila-bila? Huhu...
Tahun lepas aku cakap dengan diri sendiri- tahun ni dpat la Maryam Khadeeja, tapi tahun ni aku cakap lagi-tahun depan pasti ada Maryam Khadeeja. Adoyaiii...Iguessmyhusbandhastotrickmetogetanewbaby!Hehehe...
Wahai seluruh isi alam, doakanlah hatiku kuat untuk mendapatkan Maryam Khadeeja itu...hihi.....
By the way, dah raya raya ni, mesti nak ada gambar raya ek...
Adik selalu macam ni-pelbagai reaksi wajah |
Haa macam ni baru elok skit |
Add caption |
abang pulak cium tangan adik? |
belum sempat beraya adik dah tidor |
masa ni abang tengah merajuk, so memang tkder gambar ber-4 tahun ni |
No comments:
Post a Comment