Lagi pulak umar demam 2 3 hari ni, jadi bila dia bersungguh-sungguh minta dibawakan ke taman mainan, so aku ikutkan sahaja. Macam biasa dengan macam-macam syarat aku berikan sebelum bertolak even sebelum rumah dikunci lagi aku dah ber itu ini dengan mereka. Macam buat syarat kahwin la pulak. hihi..Begitulah rutinnya jika ke mana-mana tanpa ditemani ayah. Terpaksa letak bermacam-macam syarat sebelum naik keta, mana tau nanti tak ter'manage' pulak mama. Huhu..ampun ampun.
Abang beria nak pakai kasut sukan baru yang aku belikan 2 hari lepas. Kasut sukan sedia ada tah ke mana, maybe ada kat dalam tanah bendang tepi rumah tok, huhu.. Hero-heroku..Bila abang nak bawa kasut sukan, adik pun bersungguh nak bawa kasut sukan adik juga. Mama pulak hanya pakai selipar angry bird yang mama tambahkan dengan bunga kaler merah dari kain felt. So bayangkan jika mama berlari dengan pakai selipar begitu, macam berlakon drama kot. Jadi sebaik sampai di taman mainan, of course mama kena tinggai dengan adik dan abang. Tapi...mama kan mama..hehe. Sebelum adik dan abang berlari, mama bagi syarat dulu (macam-macma la mama ni)..."Jangan lari laju sangat tau, kesian kat mama sakit lutut ni" (hah pandainya akuuuuu). Abang dah besar so abang lebih mudah faham apa mama cakap, so bila abang berlari perlahan, pasti adik pun tak lari laju sangat. hehe...politik orang dewasa......
Adik : Yes! Taman Mainan, playground! Abang : Mmmmm. Sayang mama. TQ mama bawa adik dn abang ke playground nih |
Hooray! hooray! hooray! Vote for mama! vote for mama! |
Sukenyerrrr tempat nih! Kita tengok keadaan dulu, pastu baru kita terbang!!! |
Abang : Adik jom lari!!!! Adik : Macam ni ja la abang! Mama : Bahaya macam tu, bahaya macam tuuuuu |
Tah macam mana tiba-tiba fikiran mama melayang ke 24 atau 25 tahun ke belakang, tatkala mama masih bergelar 'budak-budak'. Masa tu oh heaven oh heaven. Main macam-macam kalahkan jantan, tapi mak dan ayah tak larang pun. Tak ade pulak mak menjerit disebabkan oleh aku main dengan macam-macam gaya dok ada.Ker mak percayakan aku boleh jaga diri, ker mak tak tau pun aku main sesuatu yang merbahaya macam tu. Eh macam mana yang bahaya tu? Hihi...bahaya tak kalau anak gadis yang berusia lingkungan 10 ke 12 tahun dok main panjat-panjat pokok? Bukan sebarangan punya ketinggian, kadang-kadang (selalunya) sampai mencecah ke pucuk pokok manggis atau paling rempit smapai mencecah ke pucuk kelapa! Hehe...Sadis juga aku dulu. Sampai sekarang masih boleh ingat 'betapa indahnya menikmati view kampung Pasir daripada ketinggian beberapa meter di atas paras air laut', hihi....ampunkan chek, ya mak...
Ada lagi. Disebabkan rumah aku di kampung di Kedah, so kebanyakannya memang berdekatan dengan bendang/sawah. Bila ada sawah pasti ada tali air/sungai kecik. Oh oh! Sungai tu lah syurga main paling best pada aku selain pokok-pokok tadi. Memang best! Kalau duduk sepanjang hari di situ pun tak pernah ada rasa bosan. Tangkap anak ikan, anak udang, anak belut..Kalau mak tak jenguk, sanggup aku mandi kat sungai tu..Uwekkkk..Dengan beberapa orang kawan yang kebanyakannya lelaki, seronok bukan kepalang kalau dapat main di sungai belakang rumah mak tu-seharian pun tak kisah. Sungai tu juga la aku selalu lompat kalau ada 'game' perang-perang. Senapang buat sendiri, langsung tak susahkan ayah untuk buatkan senapang ke pistol ke apa. Sayangnya aku dah tak pandai nak buat semua tu sekarang, buluh atau kayu bemban pun jarang nampak sekarang ni.
Walaupun sungai tu kecik, tapi namanya pun sungai, bukannya longkang! Jauh juga jarak dari satu tebing ke tebing seberang, tapi aku boleh lompat dengan sekali lompatan sahaja, lepas! tanpa terkena sedikit air pun! Cuba buat sekarang, nak langkah longkang pun takut,hihi..- takut jatuh, malu dapat, sakit pun dapat.!
Mama, mama, mama...
(Syok jugak back to the old time)
Mama, mama...nak main kat sana pulak
(Eh jauh betul mama pergi tadi)
Ok, ok, jommm!
Hmmmmmmm..patutla anak-anak aku main tanpa mengenal bahaya. rupanya sifat mereka memang begitu, kita orang tua ni la yang jadi mak guard nak tengok-tengokkan. Tapi aku dulu ok jaaa, tak dak mak guard pak guard punnnn.Hihi.....Terima kasih mak, terima kasih kepada arwah ayah....Mak dan ayah memang sporting!
No comments:
Post a Comment