Wednesday, January 23, 2013

Color Block

Suatu ketika dulu, terutama ketika di matrikulasi UUM, aku sering disindir rakan-rakan kerana sering mengenakan pakaian yang terdiri daripada macam2 warna. Tapi...aku tak peduli pun masa tu..nak buat macammana..bila aku suka baju tertentu..tudung yng sedondon tkder..takkan aku tak pakai baju yangaku suka semata2 kerana aku tak jumpa tudung yang sesuai. Hehe...selalu juga aku ditegur kawan2 sebab tu.

Bila masuk keje,pada awalnya aku pakai gak pakaian yg tak sam warna dengn tudung. Lma kelamaan rasa malu pulk dgn studnt pada masatu sebab depa punya pakian punyala cantiknya..hehehe..takkb ku nak selekeh lak.

Tapi kini, color block dh in dlm fesyen sekrg. Pink dgn biru,turqoise, pink dgn hijau (hmmm yng ni mmg warna yg sngat2 aku sangat suka yng amat)..purple dgn pink... wow.. sekarang ni dh tak kisah nk pkai baju wrn apa dgn tudung kaler apa. Asal nmpk cantik. Color block. Hebat betul

So..skrg aku dh tak kisah la sangat seluar aku warn apa,baju warna apa, tudung wrna apa. Tapi yang banyak dlm almari dah pastilah warna hijau..diikuti dengan warna pink. Tudung sekarang aku beli hampir kesemua warna. Haaa ambik hang..3 lai 20ringgit jer.. Bukan nak but koleksi macam orang buat koleksi kasut ke handbag ker apa..bagi ku smua tu mmbazir...designer hndbg la apa laa... lebih baik tambah warna tudung. Hehehe.... maaf yang suka kumpul handbag..ok juga hobi tu kalau duit kt dlm bank tk tau nk buat apa..kan....tak kisah laa kalau dh bnyk macam tu..apa nak kaluttt..

Satu hari tu aku cuma ada seluar jerut kt kaki kain cotton yg aku beli kt pasar tani rm 18 selai dgn singlet panjang tanpa lengan (aku tk tau apa nama fesyen singlet nih)? tudung trtinggal, baju lain pun trtinggal. Takkn nk kluar rmh pkai seluar dgn singlet mcm tu je kn...kang org ingt mknya mana laa plk.. mcm biasa pinjm jer yg ada dlm almari kakakku..hmm..klu dia tauuuuu.....hehe....

So, pakaian aku hr tu ada 4 warna..uiii bnyk gak tu..tk kisahlah....seluar biru nila,singlet coklat,baju kt luar warna pink,tudung hijau..macam baru keluar dari rumah clown plk....

Monday, January 21, 2013

Ada Ketikanya, Ada Sisi Lain

Ada ketikanya..apa yang kita hajatkan tidak sama sama sekali dengan apa yang kita dapatkan..
Mestikah kita berputus asa? Perlukah kita melenting muncung mulut sana sini? Perlu atau tidak semua itu?
Cuma..kita manusia biasa..ada perasaan resah, gelisah dan dukacita. Ada perasaan takut dan malas. Gelisah menunggu keputusan yang akan diperolehi hasil usaha selama ini..Resah mengenangkan apakah yang akan berlaku jika sesuatu  yang tidak kita ingini muncul tiba-tiba dalam hidup kita. Dukacita apabila apa yang kita harapkan tidak menjadi kenyataan. Lagi tambah dukacita jika sudahlah apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan, datang pula masalah lain berpunca daripada harapan yang menjadi layu itu.hmmmm..teringat pula lagu harapan daripada Hyperact (kalau tak salah laa).

Takut pulak menyatakan kebenaran, takut memberitahu orang lain akan harapan yang musnah tersebut. Lagi-lagi orang itu mengharap pada kita, mengharap pada perkara yang telah menjadi harapan layu itu...Apabila semua perasaan resah, gelisah, dukacita, takut bersatu, pasti timbul rasa malas yang amat sangat. Malas untuk meneruskan pekerjaan yang sedang diusahakan, malas untuk berbual dengan orang lain di sekeliling, malas untuk berusaha..(amboi teruknya)...

Apa sebenarnya semua ini? Kenapa manusia biasa mesti melalui detik-detik seperti ini dalam hidupnya? Mengapa perlu ada rasa resah, gelisah, dukacita, takut, malas itu? Mungkin jawapannya ada pada kita sendiri. Yer..kita sendiri. Kita adalah manusia biasa yang sudah ditakdirkan menjadi manusia, khalifah Allah di muka bumi ini. Manusia biasa.....pasti ada rasa bahagia, seronok, gembira, riang...dan pasti juga ada perasaan resah, gelisah, dukacita, takut, sedih, malas....Semua itu pasti ada dalam diri setiap yang bergelar manusia. Tidak kira dari mana pun, Barat, Utara, Selatan, Timur..Mediterranean..hehe....tak kisah dari mana asal kita, asal kita ini dinamakan manusia biasa, kita pasti tidak dapat melarikan hatta menjauhkan diri daripada perasaan yang berpasang-pasangan itu, gembira lawannya sedih, kecewa lawannya bahagia, seronok lawannya derita, dan macam-macam lagi pasangan perasaan yang ada dalam diri manusia. Itulah sifat-sifat manusia. Kita tak dapat melawan sifat-sifat pencipta  Yang Maha Agung yang sangat sempurna.

Kadangkala kita merasakan yang kita akan menang, kita akan dapat apa yang dihajati hanya kerana kita kononnya telah melakukan yang terbaik yang terperrrrfect dalam setiap pekerjaan yang kita usahakan. Tapi...............itu tidak bermakna kita cukup sempurna untuk MENENTUKAN berjaya atau tidak usaha kita itu. Kalau ditakdirkan berjaya, ALHAMDULILLAH. Idea 'berjaya' ini lebih mudah dikendalikan berbanding idea 'gagal'. Kerana 'gagal' itu banyak kesan sampingan yang dibawa bersama. Gagal dalam peperiksaan misalnya....yang dibawa bersama kegagalan itu adalah mungkin rasa marah ibu bapa, impaknya sangt besar. Atau sangat sukar melanjutkan pelajaran di mana hasil daripada kegagalan melanjutkan pelajaran yang terhasil daripada kegagalan dalam peperiksaan akan menyebabkan diri dipulaukan, malah lebih teruk lagi sukar mendapat sebarang pekerjaan yang baik yang mana akan menghasilkan seorang manusia yang akhirnya merasa terlalu rendah diri, merasa terlalu hina sehinggakan dia sanggup memilih cara mendapatkan rezeki mudah yang kadang-kala tidak halal di sisi agama dan salah di sisi undang-undang. Besar kesan 'kegagalan' sebenarnya.

Aku ingin membawa diriku sendiri untuk melihat sudut lain daripada sisi 'kegagalan' yang ada. Sudut yang aku tak nampak sama-sekali. Sudut lain yang hanya Maha Pencipta boleh nampak melalui sudut itu, bukan aku, manusia yang telalu biasa. Berapa billion trillion manusia yang ada di seluruh planet muka bumi ini. Adakah dengan kegagalana ku seorang, semua makhluk di muka bumi ini akan terkena kesan tempiasnya? Sudah tentu tidak sama sekali. Tapi yang paling utama adalah aku mesti ingat yang 'Allah itu Maha Mengetahui'. 'Maha' bermaksud sesuatu yang sangat berkuasa, SANGAT SANGAT SANGAT berkuasa atau PALING berkuasa. Jika PALING berkuasa, sudah tentu Dia mempunyai kuasa untuk melihat sudut lain kegagalan tersebut. Mungkin kegagalan itu perlu untuk aku supaya tidak akan timbul kegagalan dan kemusnahan yang lebih dahsyat dari kegagalan ini. Mungkin juga kegagalan ini menjadi penyelamat aku daripada kemusnahan teruk yang bakal berlaku sekiranya 'kejayaan' yang aku 'capai' dan bukan kegagalan. Kan..kan..kan...Allah melihat dari 'sisi' lain kerana Dia sangat berkuasa sedangkan aku tak nampak apa-apa langsung sudut pandangan Allah yang Maha Luas itu.

Okeh. Aku dah faham. Apa yang utama adalah aku usaha sahajalah untuk mendapatkan kejayaan itu, tapi kalau sudah Allah takdirkan kejayaan itu bukan / buruk untukku, maka aku terima ajerlah...Mungkin bukan masanya aku menerimanya atau mungkin apa yang aku harapkan itu tidak baik untuk diriku.

Ya Allah, masukkan aku dari pintu kebenaran dan keluarkan aku juga dari pintu kebenaran, dan kurniakanlah aku daripadaMu seorang penolong. HEBAT AYAT INI

Friday, January 4, 2013

Past tense, Future tense & Present tense

Tiba2 teringat nak post pasal tense yg ada kerana memang tensionnn....warghhh......belajar bende2 ni kt sekolah dulu. Pada masa tu mesti tertanya2 dan mngharap sangat supaya aku terus je masuk universiti, tk payah hadapi pelajaran2 yang memeningkan dan merimaskan aku ketika itu. Atau aku mengharapkan supayz aku tetap jd budak kecik sampai bila2..pun tak pening gak.huhu...

Sekarang...sekarang baru aku realize yang past tense,present tense dan future tense apa semua tu hanya alat semata2. Alat untuk mnguji dan melatih dan mndidik aku di universiti dunia..Universiti yang utama yang melahirkan ramai sangat graduan atau ramai sangat yang gagal berhenti, dalam status perhatian atau habih sangat yang kene jumpa kaunselor.hehe..

Betul tak kalau aku katakan pasti ada orang lain yang berfikiran seperti aku tadi. Merindui past tense gila2 sampai tak boleh nak buat keja, membenci present tense kerana beranggapan past tense kita lebih baik dari present kita sekarang. Lalu tidak dapat create future atau lebih malang lagi takut dengan future sehinggakan tak boleh nampak future yang kita nak create itu..betul kan...kita selalu cakap...sekarang pun aku dah macam ni, apa laaaa nak jadi dengan masa depan aku nanti..Hmmmmmmmmmmm.....tengok la berapa panjang hmmmmmmmm... yang kita gunakan. Berapa banyak m yang ada kat situ tu...

Aku selalu terkenang zaman universiti, betapa mudahnya betapa cerianya betapa bahagianya zaman tersebut. Tiada tanggungjawab yang berat melainkan tanggungjawab mnghabihkan study jer..Jer...? Hehe...Tapi dalam dok bahagia, seronok best tu pun, aku kadangkala terkenang zaman sekolah di mana subjeknya tak laa susah macam kat universiti. Semuanya nmpk mudah2 belaka berbanding nak kena faham kod,nak kena buat penyataann masalah, pastu nak kena selesai masalah, tak cukup dengan tu, nak kena programkan (pulak dahhhhh) penyelesaian tu tadi.

Tengok..tengok..tengok...! Kadangkala kita boleh hidup di alam mimpi seperti tadi tu. Teruk betul. 'Rindunyaaa zaman sekolah' @ 'seronok kan kt uni dulu' @ 'masa awal masuk keje dulu takla tension macam ni'..haaah tudia.... habih tu hang nak dok tang zaman mana yati oiiiiiiii....:-D...

Aku nak buat kesimpulan macam ni jer laa..kita rindukan zaman silam kerana tiada yang membahagiakan kita di zaman sekarang..bukan tiada yang membahagiakan..kita ysng dah letih sebenarnya nak menghadapi hidup ni, kita yang malas kita yang tak pernah tukar mindset, kita yang sentiasa fikir negatif pada diri srndiri, orang sekeliling, dunia dan yang paling malang semua itu menunjukkan kita tsk pernahhhhh nak bersyukur dengan nyawa yang madih ada lebih lebih malang lagi kita selalu lupa dari siapa segala nyawa dan anggota tubuh kita dipinjamkan. Kita lupa Allah! Kita yang jumud kita yang tak pernahhhhhh bersyukur dengan segala kekayaan yang Allah berikan pada kita selama ini. Namun kita ada ego dan kesombongan yang sangat tinggi sehinggakan hidup kita hanya tau berkeluh kesah hanya tau mnyalahkan orang lain atas keadaan hidup kita sekarang ini. Sebab berkeluh kesah itu mudah menyalahkan orang itu mudah senang kejenya berbanding meneliti apa lagi yang boleh kita lakukan untuk merasa bahagia itu..untuk menikmati saat2 indah hidup kita ini...Kita malas...malas kerana ego menyokong kita spy terus tetusan mnyalahkan keadaan dan orang lain atas malanf hidup kita di dunia ini...kita yang malang sebenarnya...

Aku nak bangkit, aku taknk terpengaruh dengan suasana lagi dengan oranglain lagi....biarlah depa nak jadi apa pun, ysng paling utama aku sendiri nak tukar mindset. Aku nak bahagia aku nak hadapi masa depan dengan penuh hikmah

Monday, December 24, 2012

Baju Korporat Isnin

Baju hari Isnin secara rasminya adalah berwarna putih,skirt atau seluar hitam dan tudung warna maroon. Hmmm...so berapa helai baju putih yang aku ada? 3 helai. Sehelai aku beli untuk majlis meraikan staf atas kejayaan mendapat pengiktirafan iso 9001:2008 ysng dibuat di Sunway Hotel thun 2011, selai tu beli kt reject shop,masa tu tgh cari hadiah untuk en. Suami,hehe... sekali harung belikn untuk aku juga. Last,tp yg ni aku dah lma beli, yg ini aku beli untuk majlis dinner untuk keluarga staf. Hehe..tengok la..aku bukan suka sgt baju putih ni...yes,putih itu bersih,pasai tu aku malas untuk mengenakan sebarang pakaian berwarna putih, mncemarkan kesucian warna tu jer klau aku yang pakai. Sebab tk reti nk jaga,huhu..comot abih nanti..

Baju putih yg last tu ada keistimewaan tersendiri yang aku boleh story knp aku suka. Ada mcm satu ribbon bow yg sangat besar kt dada. Gaya fesyen yang memang aku suka..ribbon,bow..apa2 saja yang nmpk mcm dlm citer fairytale. Hehe...dasar anak patung barbie.

Panjang betul mukadimah. Yang nk aku tulis kt sini cuma pakaian korporat hari isnin je ek. Hehe... dah sampai mana ni haa..

Baju putih yg ada ribbon bow tu labuh smpai ke lutut, dan besar..klau aku pkai dengn seluar, yg pasti aku akn letak tali pinggang nmpk pendek sikit, dan dah koyak sikit kt bahagian bawah baju. Baju kain sifon, susah nak jahit kalau dh terkoyak mcm tu. So pd hari ini aku cuba gayakan baju putih bow tu dengan skirt cotton fesyen terkini yang ada button kt tengah2 skirt. Aku masukkan baju dalm skirt kemudian aksesorikannya dengan tali pinggang berkilau2. Waaa...gaya yang sangat aku suka. Skirt sepatutnya berwarna hitam, tapi bantai jer la..tk perasan sangat warna kelabu tu,hihi...kelabu dgn hitam adik beradik. So tkper, tkyah bergaduh ek..

Skirt ni labuh, jd kasut yg paling ideal adalah yg tumitnya berketinggian 2  1/2  inch ke atas. Klau tk, mmg sapu lntai, sonang keje makcik cleaner hari ni. :-D..

Sunday, December 23, 2012

Dah Cuti...

Ahad-23 Disember 2012. kat ofis ni tinggal 4 orang staf jer yang masih setia datang keje, termasukla aku sendiri. Tapi tapi tapi..aku ni bukannya rajin datang keje, au ada kelas, pasai tu ada je hari ni.huhu...

Pasai tu jugak aku sempat ambik gambar dengan student dan ajak depa p swimming petang ni. Wah wah..siap atur swimming lagi. Anak2 riang ni pulak..ajak jer, jalan la depa..Hehe..Tak susah nak ajak student p mana-mana. Depa takder commitment banyak sangat. Pelawa jer, jommmm..hehe..Bertuah jadi student nih. Masa banyak, tanggungjawab kurang..Teringat pulak aku zaman kanak2 riang dulu. Macam depa la jugak. Seronokkk memanjang...hehe..Indahnya kenangan zaman universiti. Sentiasa aku kenang..sampai bila-bila.

Dalam dok bosan2 ni, rajin jer depa ajak aku bergambar, depa cakap, jomm puan. Ambik gambar guna tab puan. Echewahhh..pandai la hampa noo..'Pakai tab puan lakk'. hihi..



Nampak macam tinggi jer aku. Kan kan kan...Ha ha ha..Tinggi tang kasut tu jer..kalau berkaki ayam, sama tinggi dengan student aku.Remaja remaji ni bukannya suka pakai kasut tinggi-tinggi. Senang kot depa nak lari kalau aku kejar. Hahaha...Atau senang nak lari kalau terlambat masuk kelas aku. kang nanti aku berleter... 
Berleter la sangat. Ada depa nak takut kat aku? Takdernyerrr....Depa cakap puan ni kalau marah tak nampak macam marah. Heiiii..Macammana laa marah tak nampak marah..Hmmm...
 
Awat tah camera tab aku hari ni macam semacamm jer. Risau aku tengok.Jangan la merosakkan diri wahai tab. Memang takla kalau nak baiki, apatah lagi nak beli baru. Huhu..Harap-harap 'semacam' kat tab ni disebabkan oleh masalah pencahayaan kat ofis aku dan bukannya berkaitan masalah teknikal tab aku. Tolong laaa...jangan rosak okey... 
 

Friday, December 21, 2012

Jumaat yang tak terancang

Assalamualaikum wbt. Jumaat yang indah. Pagi ni sepatutnya dah ada kat merbok,tapi selps bbrp discussion dibuat antara aku dan encik suami,kami ke sg dua terlebih dahulu untuk servis chery. Kete tu semacam je 2 3 menjak ni. Risau jg drive kalau2 tetiba dia buat hal kat tengah2 jln di tgh2 mlm. Hihi... imaginasi lagi...

Disebabkn kene buat major servis-hmmm syukur hr ni dah masuk gaji-makanya servis tu ambik masa sehingga 4 jam untuk siap. Habih tu takkan sekadar menungggu di ofis en suami sahaja. Makanya idea pun datang mencurah2. Hmmm...tak perlu kot mencurah2, kalau idea jln2 window shopping atau mngabihkn duit tu mmg tak memerlukan banyak usaha. Cukup sekadar ada rasa nak p. Hiiii....

Kami akhirnya sampai ke komtar setelah menaiki bas dan juga feri dan bas lagi untuk ke situ. Tak tau sebenarnya apa yang dicari tu,cukup sekadar jln2.. planning ptgnya untuk swimming kt Swiss Inn SP, makanya bende yang sesuai untuk dicari tentulah peralatan berkaitan aktiviti itu juge spt pelampung, peluncur dannnn baju renang mama :-D.....  Bagai pucuk dicita ulam mendatang pulak. Dah lama mencari baju renang yang betul2 blh berenang:-D. Aku yg tk reti berenang, buknnya disebabkb baju tu.. tapi disebabkan nak bagi ada rasa semangat sikit, haruslah ada baju renang yg comey, then automatik aku jd pndai:-D..

Penat kot berjln tanpa kete sndr ni. Dah lebih 10 thun tk jln2 mcm tu. Pheeww...pedih kaki, sakit jari..Sudahnya tak dapt pun baju renang.huhu... Dapat penat dan dpt mkn aiskrim. Dan dpt la juga bw ank2 ni berjln2. Selama cuti sekolah depa asyik memerap je kt rmh. Hmm...sebenarnya tak la memerap pun, melasak kot.. habih hitam kulit aku tengok dah macam udang hangit dah. Setiap hari kejenyer kayuh basikal, mancing, bola.. mama ni dah tk blh nk kawal disebabkb mama sndr tkder kt rmh. Harapkn tok untuk tengok2kn. Habih sekali dengan tok p turun mancing. Dah mmg aktvt kesukaan dia pun. Yang untungnya menantu 'rajin' memasak dia laa..:-D.. balik je gulai ikan puyu, goreng ikan sepat, haruan. Hmmmm...sangat memikat. Mak mentua aku tu mmg pakar dlm bab masak memasak nih. Masakan dia best in the world. Tak blh nk lawan! Ermmm...tulis ni pun dh buat aku telan air liur..

Beberapa keping gambar yang sempt aku snap tadi. Dan by the way..aku pun dh hitam nih. Waaaaa...

Thursday, December 20, 2012

Android apps Picsay

Waktu lunch td,aku sempat mndownload bbrp apps percuma untuk edit picture.tah macammana boleh teringat nak edit picture pulak. Adakah disebbkan oleh bnyak gambar kt dalam tab yang nampak kaku tak berseri atau aku sja gatai2 tangan download itu ini disebabkan lunch tadi agak lambat. Nampak macam sama je fungsi setiap apps tu, tapi ada 2 apps yg menarik juga, photofunia dan Picsay. Photofunia ni dah lama ada,Picsay pulak tak sure la aku, bukannya aku rajin sangat godek2 playstore tu.hehe...

So ini la hasil gambar yang diedit menggunakan picsay Saja gatai2 tangan p letak love kt situ,macam budak darjah1 punya keje,love love bagai.hihi...