Sunday, December 23, 2012

Dah Cuti...

Ahad-23 Disember 2012. kat ofis ni tinggal 4 orang staf jer yang masih setia datang keje, termasukla aku sendiri. Tapi tapi tapi..aku ni bukannya rajin datang keje, au ada kelas, pasai tu ada je hari ni.huhu...

Pasai tu jugak aku sempat ambik gambar dengan student dan ajak depa p swimming petang ni. Wah wah..siap atur swimming lagi. Anak2 riang ni pulak..ajak jer, jalan la depa..Hehe..Tak susah nak ajak student p mana-mana. Depa takder commitment banyak sangat. Pelawa jer, jommmm..hehe..Bertuah jadi student nih. Masa banyak, tanggungjawab kurang..Teringat pulak aku zaman kanak2 riang dulu. Macam depa la jugak. Seronokkk memanjang...hehe..Indahnya kenangan zaman universiti. Sentiasa aku kenang..sampai bila-bila.

Dalam dok bosan2 ni, rajin jer depa ajak aku bergambar, depa cakap, jomm puan. Ambik gambar guna tab puan. Echewahhh..pandai la hampa noo..'Pakai tab puan lakk'. hihi..



Nampak macam tinggi jer aku. Kan kan kan...Ha ha ha..Tinggi tang kasut tu jer..kalau berkaki ayam, sama tinggi dengan student aku.Remaja remaji ni bukannya suka pakai kasut tinggi-tinggi. Senang kot depa nak lari kalau aku kejar. Hahaha...Atau senang nak lari kalau terlambat masuk kelas aku. kang nanti aku berleter... 
Berleter la sangat. Ada depa nak takut kat aku? Takdernyerrr....Depa cakap puan ni kalau marah tak nampak macam marah. Heiiii..Macammana laa marah tak nampak marah..Hmmm...
 
Awat tah camera tab aku hari ni macam semacamm jer. Risau aku tengok.Jangan la merosakkan diri wahai tab. Memang takla kalau nak baiki, apatah lagi nak beli baru. Huhu..Harap-harap 'semacam' kat tab ni disebabkan oleh masalah pencahayaan kat ofis aku dan bukannya berkaitan masalah teknikal tab aku. Tolong laaa...jangan rosak okey... 
 

No comments: