Friday, December 21, 2012

Jumaat yang tak terancang

Assalamualaikum wbt. Jumaat yang indah. Pagi ni sepatutnya dah ada kat merbok,tapi selps bbrp discussion dibuat antara aku dan encik suami,kami ke sg dua terlebih dahulu untuk servis chery. Kete tu semacam je 2 3 menjak ni. Risau jg drive kalau2 tetiba dia buat hal kat tengah2 jln di tgh2 mlm. Hihi... imaginasi lagi...

Disebabkn kene buat major servis-hmmm syukur hr ni dah masuk gaji-makanya servis tu ambik masa sehingga 4 jam untuk siap. Habih tu takkan sekadar menungggu di ofis en suami sahaja. Makanya idea pun datang mencurah2. Hmmm...tak perlu kot mencurah2, kalau idea jln2 window shopping atau mngabihkn duit tu mmg tak memerlukan banyak usaha. Cukup sekadar ada rasa nak p. Hiiii....

Kami akhirnya sampai ke komtar setelah menaiki bas dan juga feri dan bas lagi untuk ke situ. Tak tau sebenarnya apa yang dicari tu,cukup sekadar jln2.. planning ptgnya untuk swimming kt Swiss Inn SP, makanya bende yang sesuai untuk dicari tentulah peralatan berkaitan aktiviti itu juge spt pelampung, peluncur dannnn baju renang mama :-D.....  Bagai pucuk dicita ulam mendatang pulak. Dah lama mencari baju renang yang betul2 blh berenang:-D. Aku yg tk reti berenang, buknnya disebabkb baju tu.. tapi disebabkan nak bagi ada rasa semangat sikit, haruslah ada baju renang yg comey, then automatik aku jd pndai:-D..

Penat kot berjln tanpa kete sndr ni. Dah lebih 10 thun tk jln2 mcm tu. Pheeww...pedih kaki, sakit jari..Sudahnya tak dapt pun baju renang.huhu... Dapat penat dan dpt mkn aiskrim. Dan dpt la juga bw ank2 ni berjln2. Selama cuti sekolah depa asyik memerap je kt rmh. Hmm...sebenarnya tak la memerap pun, melasak kot.. habih hitam kulit aku tengok dah macam udang hangit dah. Setiap hari kejenyer kayuh basikal, mancing, bola.. mama ni dah tk blh nk kawal disebabkb mama sndr tkder kt rmh. Harapkn tok untuk tengok2kn. Habih sekali dengan tok p turun mancing. Dah mmg aktvt kesukaan dia pun. Yang untungnya menantu 'rajin' memasak dia laa..:-D.. balik je gulai ikan puyu, goreng ikan sepat, haruan. Hmmmm...sangat memikat. Mak mentua aku tu mmg pakar dlm bab masak memasak nih. Masakan dia best in the world. Tak blh nk lawan! Ermmm...tulis ni pun dh buat aku telan air liur..

Beberapa keping gambar yang sempt aku snap tadi. Dan by the way..aku pun dh hitam nih. Waaaaa...

No comments: