Majlis tu lebih kepada sesi dialog antara pihak penyedia latihan kemahiran dengan menteri berkenaan. Lama juga majlis berlangsung, tetapi tak terasa pulak oleh aku disebabkan leka mendengar segala cadangan, idea, komen, luahan perasaan - yang sekali sekala kedengaran agak lantang daripada pihak penyedia latihan yang kebanyakannya pemilik atau pengurus pusat latihan.
Majlis dimulakan lebih kurang 9.30 pg oleh CEO PTPK yang menyampaikan beberapa pesanan serta penjelasan yang aku kira memang patut diperjelaskan kepada semua penyedia latihan. Majlis bersama menteri bermula selepas minum pagi iaitu lebih kurang jam 11.30 pg dan berakhir tepat jam 1.00 tghr.
Sebab datang lewat, kenalah duduk kt barisan depan skit-row ke-4.Nasib baik port ok |
Antara yang menarik adalah isu pekerja asing serta harapan yang penuh jitu bagi memohon penubuhan Universiti Kemahiran Malaysia. Juga kursus kemahiran yang akan direbranding (hope so). Semoga aku masih ada untuk menyaksikan semua itu...Hehe...
Best betul cadangan-cadangan yang dikemukakan, rata-rata idea dan harapannya hampir sama. Itulah juga harapan aku sebenarnya. Semoga latihan kemahiran diterima lebih baik dari masyarakat di Malaysia ini, semoga lebih ramai yang membuka mata dan semoga ianya menjadi satu bidang yang bukan pihan terakhir...
Edit skit supaya tk perasan kamera murah |
Bosannya dalam van semasa perjalanan balik petang semalam, hasilnya, ni lah - aku edit semua gmbr yg aku ambik.
Ni guna teknik (alaa tk ingat) |
Yang ini teknik painting |
Ini pulak teknik old picture dan painting |
Ini painting, then masukkan clipart |
Ini pun tak ingat teknik apa. Campur2 kot. |
No comments:
Post a Comment