Kadang-kadang aku boleh jatuh tak sihat..(bukan jatuh sakit, tanak guna perkataan sakit). Selalunya aku jatuh sakit kerana emosi yang tidak dikawal dengan baik. Kene marah emosi, kene sindir emosi, laki balik lewat pun emosi, bos bagi keje banyak emosi gak, masalah nak kene selesai lagiii la emosi. So senang cakap aku ni jenis emosi tahap tak boleh lawann..Tengok bersamamu pun boleh nangis. Heiiii....
Semalam..husband aku citer tentang satu situasi yang dia alami sendiri di Hospital Sultan Abdul Halim Sg Petani. Kebetulan masa tu dia ke sana untuk jumpa beberapa staf berkenaan alat pendengaran yang disupply mereka. Dan kebetulan pula dia cuma bawa motorsikal masa tu. Dengan izin Allah, dia terserempak dengan satu family ni. Katanya, dia cukup tersentuh hati melihat gelagat family ni yang terdiri daripada suami isteri, dua anak yang berumur lebih kurang 2 dan 5 tahun serta seorang baby yang baru lahir (kalau dibenarkan keluar wad maksudnya usia baby tu pasti dalam lingkungan 1 ke 3 hari). Kesian dia melihat mereka sekeluarga balik dari hospital dengan hanya menaiki sebuah motorsikal dengan si isteri terpaksa panjat motor tersebut dalam keadaan dia baru sangat lepas bersalin. Sayu sangat kata suamiku. Aku yang emosi nih..masa tu tengah sedap pulun nasi dengan ulam, aku dengan ulam umpama isi dengan kuku. Hehe..hari makan nasi dengan ulam, aku akan makan bertambah 2 3 pinggan. Haa ambik kau..Macammana berat tak naik! Tapi..petang semalam..terbantut selera aku yang asyik seronok melayan ulam sebaik en. husband mula buka cerita sedih nih. Tak dapat aku bayangkan macammana kalau aku yang terpaksa balik dengan motor macam tu..Baru semalam melahirkan..hari ni dah kene naik motor. Naik berhimpit-himpit pulak tu.. Masyaallah..Besar lagi dugaan Allah pada orang lain rupanya..
En. husband aku cakap dia nak bagi depa duit at least untuk tambang teksi ke biar anak2 dan si isteri tu yang balik dengan kete. Malangnya..dia pun cuma ada beberapa puluh ringgit, risau masa balik tayar moto pancit ke apa..Kalau dekat ok juga aku boleh p ambik, ni..SP - Alor Setar. Aku yang tak jadi meneruskan kunyahan nasi campur ulam yang dicicah dengan cabai tumbuk campur belimbing besi (hmmm..ternyata sangat sedap) tanpa berfikir panjang terus mencelah "Sebab apa abang tak bagitau Yati siang tadi. Boleh juga Yati kirim duit untuk depa tu (patut la macam dah ada rasa siang tu)". Terus en husband jawab "Awak nak kirim macam mana?" Alamak senang jer aku terjah orang ek..Huhu..Betul la tu. Aku nak kirim macammana? Nak buat CIMBClicks, husband aku tak guna CIMB, habih nak kirim duit kot mana laa Yati oii...Memang petang semalam tu husband aku hanya mampu kirim doa jer pada family tersebut. Semoga hidup mereka tak susah sangat seperti yang kelihatan pada mata kasar husband aku tu. Semoga kalau susah sekalipun, hidup mereka akan bertambah senang dari semasa ke semasa. Semoga Allah membantu meringankan beban mereka dan orang lain yang susah seperti itu. Yang penting semoga kuat iman mereka dalam menghadapi ujian Allah yang sementara ini.
Aduhhhh...sebenarnya nak tulis pasal aktiviti terbaru-Hula hooping. Tapi bila citer bab emosi tadi tersasar jauh posting aku nih. Nak p Penang, tapi lalu kot Kangar. Mana tak jauh. Banyak duit hang yati isi minyak Chery banyak2 pastu pusing satu Utara, heheh..
Aku telah menjadi semakin serius dalam bab-bab menjaga kesihatan ni bila aku selalu tak sihat. Check kat hospital, jumpa pakar dah..Doktor pun dah bohsan agaknya tengok aku hari-hari p bilik dia kacau keje dia. Hehe..Sampaikan satu hari tu dia cakap..U sihat puan, sihat sesihat-sihatnya..Tengok blood test, ECG semua ok. Bukan ok, malah very good (saja ja ko cakap macam tu kan doktor, tanak aku kacau ko kan..). Aku lak jadi consultant pada hari tu bila aku asyik tanya dia adakah betul test2 semua yang dia buat tu. Takder buat scan jantung pun, scan satu badan ker..Last dia cakap your anxiety is getting worst. Haa worst dah tu..Perkataan paling teruk untuk menggambarkan teruk. Bad...worse..worst...Disebabkan marah dengan doktor pakar tu agaknya, aku mula confidentkan diri sendiri.."Aku tak sakit laa, Yati..balik nanti exercise banyak2 biar sihat sampai bila2"
Bermula dari ayat doktor tu laa aku mula cari macam2 cara untuk bersenam. Dulu dah ada alat untuk sit up tu, lepas tu ingat nak beli threadmill, naik merah en. suamiku bila aku cakap nak beli threadmill. Dia cakap..banyaknyaaa duit awak. Hmmm..okeylaa..Memang tak banyak pun, so..pergi kau jauh2 threadmill dari pandangan mataku ini.. Seterusnya ingat la nak buat Yoga..kan boleh bagi hilang stress juga di samping sihatkan badan camtu...Tak susah nak buat Yoga sebab aku dah hafal pun step2nya..Tinggal lagi kalau nak buat betul2 kene ada Yoga mat..Hai memang aku seorang yang manja dan mengada2. Nak itu ini..Hihi..So..beli laa Yoga Mat.
Pastu mula rasa macam tak berkesan sangat, nak sesuatu yang boleh buat berpeluh dan banyak pegerakan. Tiba2 teringat gelung rotan yang aku main kat sekolah 20 tahun yang lalu tu..Ihh best gak kalau boleh buat hula hooping. Mula la google pasal kebaikan hula hooping nih. Banyak kebaikannya hula hooping untuk kesihatan. Jadi, hati ini pun meronta-ronta sangat nak beli gelung hula hoop. P cari kat Tesco, takder, Giant tak jumpa ke takder tah. Tapi akhirnya dapat juga jumpa juga kat satu kedai sukan kt dalam Pasific AS. Alhamdulillah..
Mula2 buat tu, aduh sakitnya..habih lebam lutut sebab gelung rotan yang berat itu asyik jatuh dan menghentam lutut aku. habih biru terutama lutut kanan. Tapi aku tetap teuskan dengan azam yang kuat semata-mata untuk sihat dan bertenaga terus. Tanak lagi asyik tak sihat dan lemah satu badan. Tanak macam tu..Tak best. Nak buat apa pun tak seronok.
Ni baru hari kedua buat. Heee..Dah haru biru..
Semoga esok dan kemudian lebih baik dari hari ini dan sekarang
No comments:
Post a Comment