Seringkali, dalam kehidupan ini kita diuji dengan perkara-perkaa atau peristiwa-peristiwa yang tidak menyenangkan hati dan jiwa kita. Kalau perkara tersebut datang sekali sekala, mungkin ianya tidak begitu menjadi masalah, tapi kalau seringkali datang menghantui, nampaknya kita perlu sentiasa bersedia menghadapinya.
Bagi aku sendiri yang selalu diuji dengan 'itu' dan 'ini', aku sentiasa mencari idea atau cara tentang apakah cara paling baik untuk aku lakukan tatkala dihujani dugaan yang tak terduga dek akal dan mindaku.
Kadang kala senyuman yang kita cuba 'usahakan' bukanlah senyuma terbaik yang pernah kita berikan, tapi kalau senyuman itu mampu meredakan suasana duka, harusss kita selalu senyum,walau untuk diri atau untuk masalah itu sendiri
Adakah aku orang paling awal masuk meeting???kekekeke |
Danial n mama |
Melihat/enjoy sebentar detik-detik kejayaan lalu sudah cukup membuatkan aku terasa diri seperti mendapat 'hidup' dan 'nafas' baharu. Biarkan perasaan tersebut meresap jauh ke dalam lubuk hati yang paling....dalam...sedalam mana yang mampu diterokai oleh jiwaku....Dan setelah itu, insyaallah aku akan 'bangkit' semula kalau tak untuk berlari pun, merangkak pun oklah! Janji sudah bergerak.
Ultraman 'Adik'.huhuhu.. |
Kalau kita tidak memotivasikan diri sendiri, tah pada siapalah kita hendak mengharap. Jangan berharap pada orang lain hatta suami/pasangan sendiri untuk memberi kita kata-kata motivasi yang seronok didengar, kerana mereka juga adalah manusia biasa-kadangkala dihinggapi 'masalah jiwa' seperti kita.
Mama, Tok n Adik - seperti biasa dengan muka nakalnya |
Tips yang aku gunakan di atas adalah merupakan salah satu cara daripada beribu cara untuk relax daripada stress. Tetapi yang paling penting, akarnya adalah 'kembali' kepada Yang Maha Mencipta- Allah SWT. Hanya Dia sahaja yang tahu bagaimana perasaan kita tatkala dilanda gundah gulana dan hanya Dia yang layak dicari tatkala gundah gulana 'mengejar' perasaan kita. Kerana ilmu pengetahuanNya sangat luas-yang tak terjangkau oleh kita untuk melihatnya.
Ginilah yang biasa berlaku time bohsan bila berlama-lamaan lam kete |
Macam nilah cucu Tok-pagi petang lunch dinner bkfast-semuanya menu nasik |
Buat perangai tuh! "Nak handphone mama, nk handphone mama!!!!" |
"Jika hendak mencari kelemahan kita untuk diatasi, kita boleh 'pergi' kepada 3 jenis hamba Allah ini :
1) Mendampingi alim ulama - so selalu-selalu pegi masjid, borak dengan tok-tok imam dan alim ulama di situ. Jika ada kesilapan atau kesalahan yang kita buat, inilah orang yang pasti menegur kita dengan ilmu dan kelebihan yang Allah berikan pada mereka
2) Bersahabat dengan kawan yang ikhlas berkawan dengan kita. Kawan yang ikhlas juga sentiasa men'adjust2' kelemahan/kesilapan kita sekiranya kita melakukan kesilapan. Contoh yang diberi semalam - teguran sahabat baik kepada sahabatnya yang secara tidak sedar 'termakan' rasuah.
3) Pergi bertemu musuh kita kerana seringkali perkataan yang keluar daripada mulut musuh adalah sesuatu yang direct-menyatakan sebabnya membenci diri kita-"kau ni sombong sangat, sebab tulah aku benci sangat dengan kau"-sekadar contoh.
Wallahua'lam. Sesungguhnya yang baik itu semuanya datang daripada Allah dan ang buruk itu terjadi adalah atas sebab kelemahan aku sendiri.
No comments:
Post a Comment