Assalamualaikum W.B.T
Aku dah bertekad, Sebelum tidur malam ni aku mesti update blog regarding 1 Ramadhan yang akan disambut seluruh umat Islam di Malaysia mulai esok (Isnin). Dan esok juga adalah hari cuti umum bagi seluruh rakyat di negeri Kedah tercinta ini (kecuali encik Ayah yang bekerja 6 hari seminggu - tanpa henti!)
Syukur padaMu Ya Allah. Setiap kali Ramadhan pasti rasa sedih. Ada macam-macam rasa dalam rasa sedih itu. Ada kenangan semasa kecil, ada rasa bahagia menyambut sesuatu yang indah seperti itu, ada rasa air mata mengalir di pipi. Ada rasa semangat (semoga semangat tak hilang untuk mendapatkan rahmat di bulan mulia ini).
Ada juga rasa takut. Takut ini adalah Ramadhan terakhir sedangkan amalan untuk ke negeri bernama kekal abadi terasa masih sangat sedikit. Allah! Berikan aku kekuatan itu untuk aku meneruskan kehidupan di dunia ini dengan matlamat mendapatkan kebahagiaan di SANA nanti.
Oh! Hari ni masih meneruskan misi mencari seluar panjang untuk kedua Hero especially Adik Umar. Tapi misi tak juga kesampaian. Susah sangat nanti aku beli kain beberapa meter, then jahit je sendiri. Chewah! Macam pandai ja, lancar ja bercakap. Hehe...Kalau tak pandai nanti ada orang ajarkan. Yang penting kemahuan kena datang dulu, baru boleh menggerakkan yang lain-lain.
Malam ni Abang Danial ikut Ayah ke surau, solat Tarawikh berjemaah. Masa baru balik tadi, senyummmm je abang danial pada mama. Ingatkan kenapa. Rupanya abang danial nak bgtau mama abang solat lebih sepuluh rakaat. Abang tunjukkan 10 jari, kemudian tambahkan lagi dengan beberapa jari (tah mama pun kurang faham). Tapi untuk memberikan semangat dan motivasi untuk anak mama, mama cium pipi kanan abang, pipi kiri abang dan last sekali dahi abang. Abang seronok betul bila mama cium abang macam tu. Senyummmmm jer abang lepas tu. Mama turut rasa bahagia..
Ohhh! Mata ini sudah mau lelap. Otakpun dah tk nak berikan kerjasama lagi. Nampak gayanya kena berhenti sekarang. Kena tidur sekarang kerana esok nak bangun awal...
Selamat Malam, Selamat Menunaikan Ibadah Puasa, Selamat Menjalani Ibadah dan Menikmati Bulan Mulia ini - ditujukan khas kepada Suami, Anak-anak kesayangan - Umar dan Danial..
No comments:
Post a Comment