Monday, October 12, 2015
Slim & Sado (Day 1)
DCR = 1843.6
KALORI YANG AKU BOLEH AMBIL = 1843.6-550 = 1293.6 SAHAJA!!!
OK DAY 1 (12 OKT 2015)
BREAKFAST -
1) CUCUR BADAK (2 g sebijik 4 bijik = 8g) - 21.13 kalori
2) Kuih Keria (2 g sebijik X 5 bijik = 10 g) - 23.66 kalori
3) Secawan milo 3in1 - 33 g = 129.91 kalori
**Weiii..gram cucuq badak dengan kuih keria tu macam nipuu jerrr.. Ok, satg lunch beli kitchen scale. hahaaaa
4) Semangkuk koeteow sup siam = 356.2 kalori. Ok. Aku cari dalam cekodok.com tkde koeteow sup siam. So, aku guna kalori semangkuk mihun sup utk kira kalori tu.
5) Kuih pau goreng (2 bijik) = 152 x 2 =304 kalori. Sama gak, pau goreng tkdk dalam listing, so aku guna kuih pau biasa punya kalori.
6)Donut sebijik = 268.2. Ya Allahhhhhh.. Masa ni pun dh hampir limit kalori intake aku nih. Huhuhuhu...
Friday, June 12, 2015
Tukar ubat
Sunday, February 22, 2015
Sakit itu lagi-coretan dari sebalik pintu itu..
Sesekali dikau menjengah memberi segaris senyuman di wajah yang sudah berapa lama tiada senyuman ini...
Betapa sukarnya senyuman itu untuk terukir di bibirku. Sejak penyakit berkaitan fikiran itu aku hidapi, tiada lagi senyum yang dapat aku ukirkan, tiada lagi tawa yang mampu aku keluarkan. Aku seolah tidak pernah mempunyai pengalaman ketawa dalam hidup, sebelum ini..ketawa telah hilang dari kamus kehidupan seorang aku. Hanya kebimbangan yang menguasai setiap inci kehidupan sekarang ini. Sebab itu, nama sakit ini anxiety disorder. Kebimbangan, kerisauan yang tiada pernah bertepian. Tuhanku, bawa daku supaya dapat aku hirup udara segar itu...
Kasihan anak2... Mama mereka seolah hilang entah ke mana. Tenggelam di lautan dalam diri sndiri. Terkapai2 cuba mencari daratan. Moga dapat lah bernafas dengan tenang di situ. Maafkan mama Danial, maafkan mama Umar...mama tidak pernah langsung ada niat itu-untuk mengabaikan kamu berdua. Sedangkan kamu berdualah satu2nya harta mama dunia akhirat. Sayang mama...tolong ampunkan mama. Mama tiada niat untuk meninggalkan kerja sekolah kalian tanpa pengawasan, mama tak berniat untuk tidak mengajarkan iqra pada setiap malam yang sepatutnya. Juga mama langsung tak berniat untuk membiarkan kalian bermain cuma berdua..tanpa ada gelak tawa mama bersama kalian. Setiap malam...mama hanya dapat mendiami bilik tidur mama-samada bermeditasi atau menenangkan dada yang kepenatan ini sayang-sayang mama....ayah pun mama biarkan menonton tv, makan dan buat air sendiri. Tiada langsung mama di sebelah ayah di situ. Pada setiap hari sayangku.... Kerana yang penting pada mama....mama masih dapat bernafas, mama di bilik semata2 untuk.mengambil.nafas itu. Seolah2 nyawa mama akan diambil dalam beberapa ketika kemudian-pada setiap hari. Malah setiap saat sayangku....
Danial, umar, abang.....tolong maafkan mama...
Setiap keping foto.....aku telah mencuba sebaik mungkin untuk.nampak sihat dan bahagia....
Thursday, December 18, 2014
Review alfalfa shaklee..side effect..my own experience
Salam Jumaat..
Sejak sebulan yang lalu, aku bersungguh cuba vitamin cinta dan kesihatan shaklee ni- alfalfa dan vitamin e. Semuanya disebabkan aku kini merasakan dah semakin kurang rasa nak bercinta. Maybe rasa2 ni adalah disebabkan oleh anxiety disorder yang masih belum kunjung sembuh. Dah sembuh, namun.belum sepenuhnya sembuh. Atau sejak akhir2 ni terlalu banyak keje yang perlu disiapkan di office. Hujung tahun, semua benda dak dikejar untuk diachieved. Latihan kalkitangan, meeting, perancangan tahun depan. Tapi yang paling banyak pastilah latihan kakitangan. Dalam sebulan ni je, dah berapa banyak latihan yang aku perlu arrangekan. Nampak macam senang, tapi kalau dah dalam seminggu tu berkali2 kursus kena arrange, bertindih lagi antara kursus itu dengan kursus ini, nak atur perjalanan, penginapan. Nak layan pe el org tu org ni. Huhu...mana tak stress.
So bila balik rmh, maybe energi tu dah tak ada, nak berbual nak bermesra seperti dulu kalaa, terasa sangatlaaa malasnya. Tido je best pon.
Sedar dan tahu yang benda2 macam ni akan jadi duri dalam rumahtangga, aku mula google cara2 untuk kuatkan rasa cinta, atau secara detailnya untuk kuatkan rasa untuk bersama. Selepas seminggu browse, aku terjumpa dengan satu istilah vitamin cinta-alfalfa dan vit e dari pengeluar vitamin terkemuka, Shaklee. Aku ambil masa beberapa hari untuk survey termasuk google (of course) dan merisik dari kawan2 yang pernah cuba atau sedang amalkan kedua2 vitamin ni.
Banyak komen positif yang aku baca hasil google dan dengar dari kawan2. So berbekalkan kesungguhan untuk kembali ceria bersama dan untuk kebahagiaan rumahtangga, aku terus grab kedua2 vitamin ni menggunakan kad keahlian salah sorng kawan kt ofis. Untung sebab dapat dengan harga lebih murah berbanding harga asal.
Untuk pengetahuan, aku sekarang sedang elakkan makan nasi lebih sebulan sebelum itu dan juga amalkan senaman iaitu senaman yoga. So far amalan tu sangat baik, buatkan aku rasa powerful. So berbalik kepada vitamin tadi, aku ambik dua kali sehari untuk alfalfa iaitu 3 biji sekali makan. Dan untuk vit e pula, sebiji sehari sebelum tido.
Aku ikut nasihat semua pengedar Shaklee yang tertera di web. Minum air yang banyak-aku minum 2 liter sehari dan teruskan dengan senaman yoga yang aku buat. Juga diet dengan tidak makan nasi. Untuk diet ni, bukannya aku langsung tak ambil nasi, aku makan sekali sekala lebih kurang sekali atau dua kali seminggu. Sebab utama aku diet macam tu adalah kerana semenjak dua tiga menjak ni aku akan rasa seolah-olah ada something tk hadam dalam perut selepas makan nasi. Bukannya sejam dua, malah smpai ke malam pun masih terasa perut macam serba tak kena. Tah kenapa la dengan perut...tapi aku bukanlah pengamal diet Atkins. Sebab utamanya adalah kerana aku rasa sangat la tak dapat nak percaya dengan diet2 pelik macam ni. Bagi pendapat aku, asalkan makan ikut piramid makanan, minimakan lemak, gula, garam...cukupla tu bagi aku. Yang paling utama badan sihat. Itu fokus utama aku.
Alamak. Ok..berbalik dengan cerita vitamin cinta shaklee tadi..ok..untuk alfalfa aku amik 3 biji sekali makan, dua kali sehari selepas makan (pada awalnya) dan vit e pulak aku amalkan sebelum tido. Lebih kurang 2 minggu mcm tu kan, "ehhhhhh...awat paha ni mcm bercium2 bila berjalan, pinggang terasa macam bertambah inci..badan rasa semacam..macam ada something tak kena. Bila timbng guna scale kt rmh...whattt? Takkn naik 2 kilo? Mustahil ni...huhu
Sebaik aku dapati berat bertambah 2 kilo, terus aku tukar cara makan vitamin2 td tu. Alfalfa aku amik 2 biji sehari dan vit e macam biasa, seblm tdo. Selang 2 minggu, eh....tak.de apa2 perubahan pon. Berat masih spt 2 minggu lps, masih mngalami kenaikan. Huhu......rasa kecewa mula menerjah ruang hati dan fikiran. Terasa seperti badut sarkas pon ada. Eh..dah kenapa ni ye. Matlamat asal tk tercapai, timbul hal lain pula. Mana tak risaunya...
Adakah aku semakin bersemangat untuk kembali bercinta? Tak...adakah aku semakin ceria? Tak...tapi...yang sangat pasti...berat naik. Dannnnn....the worst side effect-anxiety semakin mnjadi2. Rasa pening, rasa rimas, sukar bernafas, stress...dada rasa berat. Gelabah sebentar aku bila anxiety mnyerang macam tu. Haishhhhh...teruk sangat ni side effectnya.
Tknk terus bereksperimen, aku stop immediately kedua2 vit tersebut. Biarla rugi sikit, asalkn kesihatan aku tak lebih teruk berbanding sebelumnya. I will not compromised with anxiety ni. Not even for a day! Keadaan aku skrg kejap ok kejap k o. Tapi lebih banyak ok berbanding k o. Uhuhuhu... So...kenapa nak susahkan diri, kan...
Aku tahu ada beberapa kawan yang amalkan vitamin ni, nanti aku sedekahkan je kt diorang. Rugi kot terperuk macam tu jer...harga bukan singgit dua.
Kesimpulannya...dapatlah aku simpulkan benang yang kusut itu. Eh. Sebenarnya aku yang kusut nih. Huhu...dah bagaimana nak atasi masalah awal td. Hmmmmm....takpe takpe... Semua penyakit ada penawarnya, kecuali mati. Janji Allah adalah pasti. Yang penting aku harus lebih kuat berusaha. Cayok cayok. Sorak p la untuk diri sendiri. Nak tunggu pasukan sorak bagi semangay, memang tak la kottt..
So..based on my experience, aku nasihatkan supaya cuba2lah dulu sesuatu tu sebelum decide nak atau tak. Terutama kalau melibatkan kesihatan tubuh badan. Kerana tubuh kita yang Allah kurniakan cuma satu inilah. Jagalah, waspadalah untuknya sebaik mungkin.
Ok...apa dah jadi dgn alfalfa dan vit e tu? Alhamdulillah..dah selamat disedekahkan kepada K phia dan Sara kat opis. Legaaaaa tak payah dok tengok kegagalan tersebut, tak perlu hadap setiap hari. Huhu...
Semoga Allah berikan hidayah, ilham dan kreativiti untuk aku terus memperkukuhkan tubuh badan ini...
***gambar pertama : selepas 2 minggu stop amik alfalfa dan vit e shaklee
***gambar kedua : semasa sedang amalkan vit2 tu-punyala gemok. Huhu..
*** vitamin tersebut-waaaaaa....cita2 tidak kesampaian
Friday, December 5, 2014
Let the thumb dance...get startes
Salam..
Hari ni aku decide untuk open up to publicly publish my anxiety disorder journal. Berbekalkan hanya satu harapan - semoga mereka yang sedang dan bakal diuji dengan penyakit seperti ini mendapat manfaat dari penulisan aku ini, kelak..
Biarpun aku belum tahu bilakah masanya aku akan diberikan kesembuhan, aku nekad untuk memasukkan segala-galanya yang aku alami, rasa dan hadapi dalam blog aku ini. Biarpun kadangkala, mengenangkan kembali memori lama bermakna membuka ruang untuk luka lama kembali sakit dan berdarah. Aku pasrah. Mungkin inilah caranya aku, insan yang lemah ini dapat berbakti kepada orang lain yang lebih malang daripada diriku.
Kisah penyakit aku ini bermula kalau tak salah, 28 November 2011 yang lalu. Maksudnya dah pun 3 tahun berlalu kejadian tersebut.
Malam sebelum kejadian, aku telah mengalami mimpi yang pelik di mana seekor ular hitam telah berjaya mematuk kakiku. Memang aku kerap mimpi berkaitan ular. Namun setiap mimpi itu, ular pasti kalah dengan aku. Kalau tak aku libas dengan parang, aku akan putuskan kepalanya dengan cangkul. Atau aku akan pijak2 ular sampai dah tidak lagi kelihatan dalam mimpi itu. Namun malam Sabtu itu, tak semena2 ular yang hanya bersaiz kecil..mampu mematuk kakiku sehinggakan aku dapat merasakan sakitnya walau telah terjaga dari tidur. Dan malam itu, aku tidak dapat melelapkan mata kerana sesak nafas. Tapi aku masih lagi seperti biasa, tak terfikir langsung akan apa2 perkara yang pelik.
Namun keesokan harinya aku dapat rasakan dada ini semakin ketat, nafas semakin sukar untuk diatur. Aku ambil vicks umar dan letak kat bahagian tengah dada, terasa ringan sikit. Selepas husband keluar ke tempat kerjanya, dan mak serta kak midah mula mengaji di pondok, aku duduk untuk membaca paper. Bukan paper hari tu, tapi tah keratan paper yang bila tarikhnya. Danial dah pergi ke rumah mak ma nya, dan Umar sedang bermain2 di depan aku. Tiba2 aku merasa pening, dan yang paling menakutkan, kesukaran untuk bernafas menjadi semakin kuat. Aku tarik nafas dalam2, tapi masih tidak dapat bernafas. Penglihatan pula semakin kabur. Ya Allah...apakah ini??? Tak semena2 pada masa itu aku terlihat kematianku. Tak semena2 pada masa itu aku ternampak sekujur tubuhku yang kaku dibalut kain kafan. Ya Allah....apakah ini Ya Allah...apakah yang aku rasa ini. Adakah hidupku bakal berakhir pada hari ini, saat ini? Dalam keadaan pening, sesak nafas dan rabun, aku gagahi untuk cuba bangun dari kerusi. Aku capai telefon bimbitku. Umar ada cakap sesuatu padaku namun aku langsung tak dapat mendengarnya... Kerana pada ketika itu, hanya kematian yang datang silih berganti bersama gambaran tubuh kakuku. Masyaallah....
Aku keluar dari rumah, cari no telefon kak midah tapi aku belum dail lagi. Aku berjalan2 dulu sekitar halaman rumah mak, namun jantung semakin laju degupannya dan kepalaku terasa semakin pening. Kaki pula semakin payah untuk diatur. Terasa akan jatuh sebentar sahaja lagi. No telefon telah tertera pada skrin telefon. Terus aku tekan butang dial. Mujur kak midah angkat dengan cepat. Aku cakap dengan dada yang lemah tapi kalut, " kak midah balik jap, balik cepat, aku penat". Terdengar suara terkejut kak midah di hujung sana, " penat? Awat dengan hang ni. Ok aku balik". "Balik sekarang!", kuat aku membalas, dengan penuh pengharapan. Sementara menunggu kak midah balik, aku tak dapat duduk. Tah kenapa. Aku mundar mandir depan rumah. Kepala terasa semakin peningnyaa.. Nafas semakin sukar untuk ditarik ke dada. Peritnya hanya Allah yang tahu. Terasa lambat pulak kak midah nak balik. Aku tekan sekali lagi butang dail. " kak midah. Cepat. Penattt" hanya itu yang mampu aku ucapkan. Beberapa saat selepas itu kelihatan kancil kecil kak midah seperti kelam kabut membelok masuk ke halaman rumah. Lega...tapi aku masih tak dapat berkata apa2.
..........maaf aku tak mampu sambung kisah sehari yang perit itu untuk entri kali ini. Aku pasti akan sambung kemudian, jika diberi kesempatan........
Sunday, October 26, 2014
Anak mama ayah demam
Danial dan umar pe-el sakitnya sama la macam mama. Susahnyaaaa nak demam. Alhamdulillah syukur sesangat. Cuma...once dah demam- makan minggu, letih je memanjang,tido je selalu, badan asyik panas, makan tak lalu, panas badan sampai mata dah berair2. Huhu.. Sian anak mama la. Tak sanggup mama tengok. Mama tak kuat seperti mama-mama anak2 di palestine, di Syria, di Mesir..di negara2 lain di mana nyawa anak2 kelihatan langsung tak ada nilainya. Sungguh kejam. Mama tak kuat. Bila anak2 mama sakit, mama lebih2 sakitnya. Anak2 demam, mama sesak nafas, anak2 batuk tak berenti, selsema tak hilang2, mama yang muntah dan kena telan ubat. Mama impikan menjadi mama yang kuat dan tabah. Malangnya buat masa ini, diri mama sendiri berperang dengan 'sesuatu' yang tak kelihatan tapi yang sangat memberi kesan. Doakan mama kuat dan tabah seperti seorang mama yang kuat dan tabah menghadapi liku2 kehidupan seorang mama. Uhuk..
Dunia teknologi. Kita mengalami muntahan maklumat, di mana setiap hari kita dapat tips itu ini, panduan itu ini, what does what doesn't. Maklumat, info memang baik. Namun maklumat dan info salah atau yang meragukan atau yang mengelirukan boleh membuatkan hidup jadi semakin complex. Bayangkan...kan sekarang ni zaman wasap. Group wasap yang sangat pelbagai, untuk tujuan yang juga pelbagai but mostly is to share info. Grup se ofis, se uni, se sekolah rendah, sekolah menengah, se jabatan, sekampung, se family. U name it. Semua jenis ada kenn. U know apa yang ai dapat belajar today? Ai learnt that kemuntahan maklumat ni membuatkan kita sakit. Bayangkan..uhuk..dari tadi dok bayangkan ajer....ok.. Bayangkan..anak awak demam dah hampir seminggu tak kebah2. Then u nak.berkongsi keadaan tu dengan kawan2, dengan family. Guest what u got back? Of course info. U just want to share ur feeling right? Then what u get is..."jangan letak coolfever, doktor ckp tk baik sebab nanti dia kumpulkan kepanasan tu ke bahagian kepala saja" atau..." Eh..kalau nak letak air, kena letak kat bdn dulu, nnti kepanasan tu tak hilang dari badan" atau " cuba letak air asam jawa kat kepala". Another one.." Jangan letak air asam jawa, nanti susah nak kebah" atau...." Ambik air beras letak pada kain basah then letak kain tu kat kepala". Ada lagi...hehe...." Jangan la bagi makan ubat. Kang antibodi dia tak kuat". Nah hambik kau! So mana satu nasihat yang u nak ambik. Last, aku sendiri yang gelong. Nak buat itu tak kena nak buat ini pun tak kena. Ishhh laaa... Habih kepala aku at last kena defragment balik semula. Aduiiiii...
Kongsi info memang baik. But unless u sendiri adalah pakar dalam bidang tu atau u sendiri dah mendapatkan penerangan yang panjang lebar dari pakar dalam bidang berkenaan, u cant simply sebarkan apa2 info yng u sendiri keliru. Uhuk.. Info yang keliru macam tu akan buatkan orang yang sakit bertambah sakit. Bayangkan..orang sakit kepala, u bagi ubat diabetes, memang lagi sakit la orang tu nanti. Silap2 boleh masuk pintu gol. Huhu... So awas lah yer.. Dont simply sebarkan maklumat yang u r not confident with. Kesian kat orang yang membaca. Kalau memang fia desperate sangat, maybe dia akan buat semua suggestion yang akhirnya pasti membinasakan..
So...kesimpulannya, boh lagi gambar banyak2. Hehe...
Friday, October 24, 2014
Dia Hadir Sesekali
Husband ai tengah berleter kat player2 kedah. Current result Pahang 2 Kedah 0. Aggregat 3-3. Huhu... Habih semua ref, mid n defend n keeper kena sumpahan si suami aku yang berang kerana membiarkan Pahang score 2-0 sekarang ni. Nasib kau la player.. Hihi.. Tapi aku tengok pun bola macam berat sebelah jerrr.. Asyik ke sebelah pintu gol Kedah. Sesekali jer ke pintu gol Pahang. Memang sah2 le sush nk score Kedah oiii Kedah. Pulun oii pulun. Sikit je lagi nak ke final. Jangan takut. Awat malam ni nampak player2 Kedah macam takut2 jer nih. Takut kat Tok Ti kot. Jangan risau. Datuk K ada dok support hampa wehhh.. Pulun pulun pulun!
Haha..begitulah mukadimah pada hari Jumaat malam Sabtu ni di mana sedang berlangsung perlawanan antara Kedah dan Pahang di Stadium Darul Makmur dengan secara tidak sahnya aku melantik encik suami sebagai Chief Coach Kedah pada malam ini. Huhi... Habih semua pemain Kedah diserunya, Badrol, Khairil Muhaimin, Farhan, Namkung..oh Namkung si k-pop dah kluar awal.malam ni. Cis tak guna betul sapa yang cederakan dia malam ni.
Dah kenapa pulak aku kat sini, dalam bilik sengsorang menaip posting ni. Sebenarnya tak tahan telinga dok dgr encik suami memarahi player2nya. Kalah si coach Kedah tu sendiri. Sampai aku kat sebelah pun tk dipedulikannya. Ahhh i dont mind.... As long as ai ada capaian internet macam sekarang ni. Habihkan dua biji epal kat sebelah dia tadi, minum segelas soya, and then segelas air suam, cuci muka, tepek all night mask, dah boleh tdoq. Tapi sebelum mata ni mengantuk tersengguk2, alangkah indahnya jika aku dapat mencoret sepatah dua kata dalam diari peribadi online nih.
Jam dah menunjukkan 9.34. Teringat dulu kalau kena bawa keta p KL malam2, aku selalu on radio Sinar. Apakah tajuknya? Dedikasi? Bersama Jamal Jamaludin? Kalau tak salah la ye. Kalau salah pun aku tak kisah. Keadaan mind aku sekarang ni, perkara yang orang cakapkan 2 minit lepas pun aku blh lupa. Inikan pula berbulan2 yang lalu. Huhu..
Eh apa ye yang aku suka tentang rancangan ?? Dedikasi bersama Jamal Jamaludin ni ek... Yang pertama pastinya background muzik. Ok..baru je browse google. Segmen cetusan hati dan dedikasi. By Jamal Jamaluddin. Background music 'The Lonely Shepherd'. Ohhhhh sungguh terangsang minda ni bila dengar alunan muzik ni. Sangat sedap didengar. Boleh la sesekali layan buat hilangkan stress.
Oopss.. Okeh. Sebenarnya nak menstorykan tentang my current state of anxiety disorder i am suffering. Hari ni dia buat lagi. Dah beberapa hari rasanya aku bebas ad. Tapi rupanya panas tidak bertahan sehingga ke petang. Baru nak menjengah ke tengahari, hujan datang tanpa diundang. Danial demam hari ni. In fact sejak.mlm smlm bdn dia panas2 suam. Tapi lepas bg ubat terus kebah. Rupanya blm sembuh sepenuhnya. Pagi ni bangun, terus sentuh badan dia. Oh! Panas sngt. Rsnya hampir 38 deg celcius. Terus ayahnya letakkn cool.fever dan bagi makan ubat demam. Aku ni pulak seperyi biasa la. Dengan penyakit gelabah aku ni. Dan2 tu jugak aku rasa semacam. Encik suami bangun awal buatkan nasi goreng untuk kami. Tapi smpai ke tengahari nasi tu tak ku jamah. Tak ada rasa langsung pun nk makan. Hasilnya.....penat la. Petanda panick attack akan menyerang. Huhu..cuba jugak bertahan, tapi lepas drive sengsorng bawa danial ke klinik, kaki dan muka mula rasa semacam. Dah nak mula rasa kebas2. Hmmmmm..dah tau dah. Kejap lagi mesti rasa pening nak pengsan semua. Tapi walaupun benda tu seringkali berlaku dan akan pergi selepas beberapa minit atau beberapa jam ( yang ni memang worst sgt), aku tetap rasa nervesnya. Mula2 cuba bertahan, tapi bila dah rasa kaki mula tk jejak tanah, badan mula rasa ringan melayang, terus aku telan xanax. Taknk apa2 berlaku masa tengah bw keta. Dengan danial yang sedang demam plk tu. Memang dak la... Bukan aku tak pernah kena saman sbb bw keta mcm org gila atau mcm org yg tak tahan nk terberanak, bukan aku tak pernah hampir2 accident nak langgar kete orang. Dah beberapa kali pon sbnrnya. Bila datang attack tu, memang tk blh buat apa. Nak dok diam mmg tk blh la. Melainkan drive kete terus ke KMC. Dok situ sekejap. Kalau hilang aku balik. Kalau tk aku register je kt emergency department. Masuk klinik jap. Doktor cek itu ini sikit, ulang bende yang sama, and then prescribed xanax kat aku
Itu je la pon.
Sampai je kat rumah terus tukar baju dn baring. Mesti baring sebab akn rasa mengantuk sesgt lpas ambik.xanax. klau tak tdur akan rasa bertambah panicnya. Bertambah laju jantung ni nanti. Sebelum tdur ada msg farah bgtau aku tk sihat. Then terus terlelap. Sedar2 ada call masuk. Farah rupanya. Dia tnya ok dak. Dalam.mamai aku jwb. Tak berapa ok sangat. Then farah cakap.jap g dia sampai kot. Huhu... Alhamdulillah... Bagusnya dapat adik macam ni. Cepat betul Allah makbulkan doa aku untuk berikan aku seorang penolong daripaNya. Inilah dia penolong itu. Orang yang aku doakan untuk dihadirkan oleh Allah. Terima kasih Allah...
Dlm dok tunggu farah, aku tdoq balik semula. Tah la rs letih semacam ja. Huhu.
-Alamak current result. 4-0!!!!!. Tak patot...tak patot...hampa main bola ka main guli oiiiiiiiii...-
Farah sampai umah lebih kurang pkl 2 rsnya. Terus dia masuk.cari aku dan terus dia urut blkg. Ok..ni aku nak bg tips. Kepada sapa2 yang ada ad macam aku dan selalu kena attack. Semasa kena attack tu eloklah spouse atau sapa2 yang baik dngn kita urutkan muscle2 kt bhgn blkg bdn. Insyaallah akan hilang attack tu perlahan2. Cubalah. Maybe urutan di badan boleh releasekan serotonin. I am not sure about this. But it does cure my panic attack. Thats for sure! Degupan jantung akan turun perlahan-lahan, insyaallah.. Aku selalu guna minyak herba Nona Roguy yang warna hijau tu untuk urutan di belakang badan (aras dada) dan untuk disapu di bahagian dada.
Currently doktor prescribed aku dengan cymbalta selang sehari. Cuma 4 5 hari ni aku terpaksa ambik setiap malam sebab aku kerap dapat serangan lately ni. Doktor dah pesan, kalau rasa semacam, ambik dulu setiap malam then kalau dah rasa semakin ok sambung balik dengan selang sehari.
Sebenarnya anxiety disorder ni banyak berkaitan dengan cara hidup dan apa yang kita alami apa yang kita dengar dan lihat di masa lampau. Tips untuk ibubapa mama ayah di luar sana- always make sure anak2 mendapat pengalaman yang positif dari anda sepanjang masa. Sebab pengalaman semasa kecil akan kekal sebagai ingatan separa sedar anda nanti. It does make who u are in the future.
Kepada siapa2 yang sedang mengalami anxiety disorder pula, elakkan dari menyalahkan masa lampau anda. Keep moving on dalam kehidupan anda. Tinggalkan semua masa lampau yang menyakitkan. We are who we are today. So keep moving on and keep doing good deeds.
Okeh..nak letak gambaq banyak2 hari ni. Saja suka! Hehehe


